Pages

1 February 2009

Kaya layer cake


Bahan-bahan:
Bahan2 A:

225gm butter
160gm gula perang (soft brown sugar)
5 biji telur
200gm original flavour kaya
2 camb susu tepung (milk powder)
120gm tepung kek

Bahan2 B:
225gm butter
160gm gula perang (soft brown sugar)
5 biji telur
200gm pandan flavour kaya
2 camb susu tepung (milk powder)
1 camt pewarna hijau atau pandan emulco

cara:
  • Bahan2 A: pukul telur dengan gula perang sehingga gebu dan ringan (apabila dikaup dengan spatula adunan tidak jatuh)
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga sebati
  • setelah itu masukkan pula kaya dan susu tepung
  • pukul rata
  • ayakkan tepung ke dalam adunan sambil dikaupbalik sehingga sebati
  • ketepikan bahan2 A
  • Bahan2 B: caranya sama seperti Bahan2 A cuma selepas Step 3 masukkan pewarna hijau atau pandan emulco dan kacaukan sebati
  • pastikan oven dipanaskan untuk grill mode pada suhu 220C
  • griskan 9x9 inch tin kek dan ketepikan
  • panaskan tin kek terlebih dahulu samada di dalam oven atau direndamkan di dalam mangkuk yang berisi air panas
  • ambil satu senduk atau 2 senduk adunan Bahan2 A dan ratakan ke dalam tin kek
  • bakar selama 7 min atau sehingga keperangan
  • keluarkan tin kek dan dengan menggunakan belakang sudu tekan2kan kek tadi supaya mengeluarkan angin
  • setelah itu barulah di masukkan Bahan2 B dan sapukan rata
  • bakar lagi selama 7 min dan ulangi lagi dari step 10 sehingga habis kedua2 adunan digunakan
  • selepas lapisan akhir dibakar tukarkan api oven kepada mode biasa dan turunkan suhu kepada 180C dan bakar lagi selama 10-15 min supaya kek tahan lebih lama
  • keluarkan tin kek dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin
  • potong dan bolehlah dihidangkan

source: table for 2 (cara diubah sedikit)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin