Pages

19 February 2009

Chocolate swirl buns



Bahan-bahan:
Bahan2 untuk chocolate paste:
20gm tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur putih
80ml susu segar suam
18gm serbuk koko
10gm mentega

Bahan2 untuk doh:
150gm tepung roti
150gm tepung kek
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
3gm (1/2 camt) garam
125ml susu segar
1 biji telur
60gm gula kastor
50gm mentega

sedikit olive oil untuk sapuan atas roti

cara:
  1. cara membuat chocolate paste: satukan gula, tepung kek dan telur putih ke dalam mangkuk. kacau rata dan ketepikan
  2. masukkan susu ke dalam mangkuk tahan panas dan masak dengan api sederhana panas sehingga mendidih sedikit
  3. masukkan serbuk koko ke dalam susu tadi dan kacau sehingga sebati
  4. kemudian masukkan pula campuran putih telur tadi dan kacau rata sehingga adunan menjadi pekat
  5. tutupkan api dan biarkan chocolate paste sejuk barulah disimpan di dalam fridge sementara menunggu doh siap
  6. cara membuat doh: masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga doh siap
  7. atau masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali susu dan telur. kacau rata. kemudian masukkan susu dan telur. uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. bentukkan doh menjadi bulat besar dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. tutup dengan cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
  8. setelah siap bolehlah dikeluarkan dari BM atau mangkuk adunan dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  10. bentukkan semula doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 15 min
  11. bahagikan doh kepada beberapa biji dengan setiap satu seberat 50gm
  12. bentukkan setiap satu menjadi bulat kecil
  13. ambil satu doh kecil tadi dan canaikan menjadi bulat (seperti di dalam gambar) dan ambikan satu sudu kecil chocolate paste dan letakkan ke atas doh tadi
  14. bulatkan semula doh tadi dan kemudian canaikan semula
  15. potong doh tadi tetapi jangan putus (seperti di dalam gambar) dan gulungkan (seperti di dalam gambar)
  16. susunkan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu dan ulangi sehingga doh habis (dari step 12 hingga step 16)
  17. setelah itu bolehlah dibiarkan doh naik sekali lagi selama 40 min (pada yang tinggal dinegara 4 musim boleh di simpan di dalam oven (TIDAK PERLU ON KAN) dan diletakkan dua cawan air panas. tutupkan pintu oven dan biarkan doh naik sekali lagi)
  18. akhir sekali bolehlah dibakar pada suhu180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  19. bolehlah disapukan permukaan roti tadi dengan olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa lembut

source: HHB

1 comments:

Marlizah said...

salam.tnya skit,tepung kek tu pkai tepung apa ya?plain flour biasa boleh ke?thanks for sharing the recipe..

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin