Pages

8 February 2009

Donut resepi III

Bahan-bahan (16 biji bergantung pada size):
200gm tepung roti
50gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm gula pasir
2/3 camt garam
1 camb baking powder
2 camt instant yeast
190ml susu + 1 biji telur - dikacau rata
50gm lemak sayur
minyak untuk menggoreng

Chocolate topping:
100 plain chocolate - masak secara double boiler sehingga cair, kacau sentiasa dan pastikan jangan dimasuki air
chopped kacang secukupnya

favourite jam secukupnya

cara:
  1. masukkan tepung, gula, garam dan baking powder ke dalam mangkuk adunan
  2. kacau rata
  3. setelah itu masukkan pula susu dengan telur dan jugak yis
  4. kacau sekejap
  5. masukkan pula lemak sayur dan uli sehingga tidak melekat di tangan
  6. bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan semula ke dalam mangkuk adunan tadi
  7. biarkan doh naik dua kali ganda selama 40-45 min
  8. kalau ada breadmaker boleh dimasukkan semua bahan ke dalamnya dan tekankan setting dough
  9. tunggu sehingga siap selama 1 1/2 jam
  10. keluarkan doh dan letakkan ke atas papan pencanai
  11. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  12. kemudian bentukkan semula menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  13. ambil doh tadi dan canaikan setebal 1 - 1.5cm
  14. terapkan doh dengan menggunakan donut cutter dan susunkan ke atas baking tray yang telah di alaskan dengan kertas minyak
  15. biarkan doh naik sekali lagi selama 20-30 min
  16. setelah itu bolehlah digoreng sehingga keperangan
  17. NOTE: jika inginkan jam donut bolehlah ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat. selepas digoreng masukkan jam ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam donut tadi
  18. Donut with chocolate topping - selepas dicairkan cokelat secara double boiler, ambil satu donut yang telah digoreng tadi dan celupkan ke dalam cokelat tadi. taburkan dengan chopped kacang (almond, hazelnut)

note: donut nie memang lembut walaupun disimpan keesokkan harinya

source: yani (cara diubah sedikit)

1 comments:

Ummu Aqil said...

wah sedapnye nampak donut nih...ngan kacang + coklat tu lagi ler

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin