Bahan-bahan (18 biji):
4 cawan (520gm) tepung roti atau 4 cawan (440gm) tepung gandum (all-purpose flour)
2 1/4 camt instant yeast
1/3 cawan (75gm) gula pasir
1 camt garam
1 cawan susu segar
113gm unsalted butter
3 biji telur kuning
sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti
cara:
- letakkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
- tunggu sehingga siap selama 1 1/2 jam
- atau kalau tak ada breadmaker boleh guna electric mixer
- masukkan tepung, yis, gula dan garam ke dalam mangkuk adunan. ketepikan
- jerangkan susu dan mentega di dalam sauce pan sehingga mentega cair atau boleh juga dimasukkan ke dalam microwave. angkat dan biarkan suam
- kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan pukul dengan menggunakan dough hook dengan kelajuan perlahan sehingga sebati
- tambahkan kelajuan dan pukul lagi selama 8 min sehingga menjadi doh
- keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai
- ulikan sekejap dan bentukkan menjadi bentuk bulat
- letakkan semula ke dalam mangkuk adunan tadi (pastikan digris terlebih dahulu) dan tutupkan dengan cling film atau kain
- biarkan doh naik dua kali ganda selama 1 jam
- keluarkan doh dari mangkuk adunan dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin (jika menggunakan BM setelah siap keluarkan dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin)
- kemudian bentukkan semula doh menjadi bentuk bulat dan rehatkan sebentar selama 10-15 min
- kemudian bahagikan doh kepada 18 biji dengan setiap satu seberat 55gm
- bentukkan menjadi bulat kecil dan susunkan ke dalam baking tray yang telah digris terlebih dahulu
- biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min
- pada yang tinggal di negara 4 musim letakkan di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas apitkan dikiri kanan baking tray tadi (tidak perlu ON kan oven). tutupkan pintu oven dan biarkan doh naik dua kali ganda
- selepas itu bakar pada suhu 190C selama 20 min atau sehingga masak dan keperangan
- keluarkan dan sapukan permukaan roti dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
- jika ingin tahu roti tu masak betul ketuk2kan permukaan bawah roti. jika ada bunyi itu tandanya roti kita dah betul masak
note: roti nie memang lembut. selepas keluarkan dari BM tidak perlu taburkan tepung di atas papan pencanai kerana doh tidak melekat di tangan
0 comments:
Post a Comment