Pages

19 February 2009

Sambal telur dadar

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan cili kisar
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
1/4 cawan air asam jawa - kalau nak lebih kuah bolehlah dilebihkan
garam dan gula secukup rasa
mix vege / kacang peas + jagung

cara:
  • pecahkan telur dan letakkan garam
  • pukul sedikit
  • panaskan kuali dan tuangkan kesemua telur dan goreng dadar seperti biasa (telur biar tebal)
  • setelah masak bolehlah diangkat dan potong ikut suka
  • setelah itu panaskan kuali lain dan tumiskan kedua2 bawang sehingga layu kekuningan
  • masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak (masukkan sedikit air jika perlu)
  • kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • gaulkan rata
  • masukkan pula telur yang telah dipotong tadi dan gaulkan sebati (hati2 apabila dikacau takut telur akan terbelah)
  • akhir sekali bolehlah dimasukkan mix vege/kacang peas + jagung dan kacaukan sebentar
  • angkat dan bolehlah dihidangkan bersama dengan nasi putih dan jugak lauk2 yang lain

note: lauk ini agak kering sedikit dan bergantung pada berapa banyak sambal yang dikehendaki

source: majalah saji (diubah sedikit)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin