Pages

13 February 2009

Rainbow butter cake



Bahan-bahan:
250gm mentega
200gm gula pasir / gula kastor
5 biji telur
210gm tepung gandum
1/2 camt baking powder
1 camt esen vanila
beberapa titik pewarna pink, kuning, hijau, biru atau ikut warna kegemaran masing2

cara:
  1. griskan tin kek berukuran 8" x 8" atau 9" x 9" dan taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat. ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder sebanyak 3 kali. ketepikan
  3. kemudian pukulkan mentega dan gula di dalam mangkuk adunan sehingga gebu dan ringan (apabila diterbalikkan adunan tidak jatuh)
  4. setelah itu masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga habis telur digunakan
  5. masukkan esen vanila dan pukul rata
  6. kaupbalikkan tepung ke dalam adunan sambil dikacau sehingga sebati
  7. bahagikan adunan kepada 4 mangkuk/bahagian dengan setiap satu di masukkan satu pewarna dan dikacau rata
  8. ambil dua camb adunan pink dan letakkan di tengah2 tin kek
  9. masukkan pula dua camb adunan kuning dan diletakkan di atas adunan pink tadi (bertindih seperti di dalam gambar di atas)
  10. ulangi step 8 dengan adunan warna hijau dan biru (setiap adunan hendaklah diletakkan bertindih dan adunan akan sendirinya tersebar keseluruhan tin kek)
  11. lakukan sehingga habis kesemua adunan digunakan dan akhir sekali hentakkan sedikit tin kek supaya kek rata
  12. bakar pada suhu 180C selama 45 ke 50 min atau sehingga masak
  13. setelah masak padamkan api oven dan biarkan tin kek di dalamnya selama 5 min
  14. kemudian barulah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: bro rozzan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin