Pages

2 September 2009

Kuih keria

Bahan-bahan (lebih kurang 8-10 biji):
2 biji ubi keledek - saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
secubit garam

bahan2 untuk menyira:
1 cawan air
1 cawan gula pasir

cara:
  • keledek dibuang kulit dan dipotong kecil2
  • rebus sehingga empuk. kalau yang tinggal di UK ubi keledek jangan direbus tapi dikukus kerana keledek di Malaysia dan di UK tidak sama
  • selepas itu lecek keledek tadi
  • campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga tidak melekat ditangan
  • jangan letak tepung terlalu banyak sangat nanti kuih akan menjadi keras bila digoreng
  • adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. cukup sekadar boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut
  • selepas itu canaikan adunan tadi dengan menekan2kan dengan tangan dengan ketebalan ikut selera masing2 dan terapkan dengan menggunakan acuan donut
  • susunkan ke atas dulang yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung atau dilapikkan dengan non-stick paper supaya kuih tidak melekat
  • panaskan minyak dan gorengkan kuih keria sehingga keemasan
  • ketepikan
  • untuk menyira: tuangkan air dan gula ke dalam kuali
  • masak sehingga larut dan mendidih dengan api sederhana panas
  • biarkan larutan berbuih sehingga keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertali2 jatuh apabila dilelehkan dari senduk (proses ini mengambil masa sedikit)
  • jangan terlalu lama seperti hendak membuat gula hangus
  • bila ini terjadi gula akan bertukar keperang2an dan ia tidak akan mengeras dalam bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca
  • masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan terus kacau sehingga gula mengeras dan berwarna putih
  • padamkan api dan teruskan mengkaupbalikkan kuih ceria
  • segera keluarkan dari kuali dan hidangkan

source: k.rinnchan

4 comments:

zakiah_arif said...
This comment has been removed by the author.
zakiah_arif said...

Hi Noreen, sukatan 1 cawan tu is actually how much? Thanks!

noreen said...

sori zakiah selalunya noreen mmg letakkan 1 cawan to berapa gram tapi kali nie noreen ikut empunya resepi so jes guna sukatan cawan yg ada sukatan 250ml tu tapi tak perlu ikut sukatan tepung betul2 sbb pandai agak2 sukatan tepung bila rase adunan dah ok then tak perlu tambahkan lagi tapi kene ingat jgn letak banyak sgt nanti kuih jadi keras hope this info helpful

Anonymous said...

yeezy 350
supreme clothing
palm angels outlet
golden goose outlet
yeezy shoes
bape
hermes birkin bag
palm angels hoodie
yeezy 700
kd13

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin