Pages

12 September 2009

Chicken and egg paratha rolls

Bahan-bahan:
6 keping frozen parathas

Bahan2 untuk inti:
2 sudu kecil ketumbar biji - ditumbuk halus atau guna serbuk ketumbar
1 sudu kecil cili kering yang telah dipotong kecil
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
3 biji buah tomato - dipotong dadu kecil
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 inci halia - ditumbuk halus
2 sudu besar daun ketumbar - dihiris halus
3 keping chicken breast - dipotong dadu
1 sudu kecil garam masala
minyak untuk menumis
3-4 biji telur - dipukul sedikit
garam dan gula secukup rasa

cara:
  • panaskan sedikit minyak dan gorengkan roti paratha sehingga kekuningan
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan lagi minyak
  • tumiskan bawang putih, cili kering dan ketumbar sehingga naik bau dan garing
  • kemudian masukkan buah tomato dan kacau rata
  • perlahankan api dan biarkan sehingga buah tomato menjadi lembut
  • masukkan kunyit serbuk, halia dan separuh dari daun ketumbar
  • gaul sehingga sebati
  • masukkan pula ayam dan gaulkan rata sehingga ayam masak
  • perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  • bila ayam sudah masak masukkan lebihan daun ketumbar dan garam masala
  • gaulkan rata dan tutupkan api
  • ketepikan
  • panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang lain
  • letakkan dua sudu besar telur yang telah dipukul tadi
  • biarkan sekejap dan kemudian letakkan roti paratha ke atas telur tadi
  • apabila telur sudah masak bolehlah di angkat roti paratha tadi
  • cara menghidang: letakkan roti paratha telur tadi di bahagian atas
  • sudukan inti dan gulungkan seperti swiss roll
  • sedia untuk dihidangkan

source: muna

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin