Pages

10 September 2009

Inti kacang merah

Bahan-bahan:
500gm kacang merah
1 1/2 cawan (340gm) gula pasir
1 keping (100gm) gula melaka
2 helai daun pandan - disiat dan disimpul
100ml minyak masak

cara:
  • cuci dan rendam kacang merah selama 4 jam atau semalaman
  • kemudian toskan airnya dan rebus sehingga betul2 empuk lebih kurang 4-6 jam
  • selepas itu tapis dan buang airnya yang berlebihan
  • biarkan sejuk dan kisarkan sehingga halus
  • masukkan kacang kisar tadi ke dalam periuk bersama2 dengan gula pasir, gula melaka, daun pandan dan minyak
  • kacau rata sehingga semua bahan sebati dan gula larut
  • kemudian masak sehingga kacang pekat
  • sentiasa dikacau supaya ianya tidak hangus
  • setelah puas hati bolehlah dipadamkan api dan biarkan sejuk
  • bolehlah disimpan di dalam peti ais sebelum digunakan

source: puan norzailina nordin (diubah sedikit)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin