Pages

28 September 2009

Nasi harrisa

Bahan-bahan:
1kg beras basmathi
air ikut padat beras dan lebihkan 100ml

bahan2 kisar:
1 sudu kecil jintan halus
3cm halia
10 ulas bawang putih

3 labu bawang besar - dihiris
500g lobak merah/karot - diparut kasar
3 ikat daun ketumbar - ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau
2 jari kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
10biji buah pelaga
garam secukup rasa
bawang goreng
daun ketumbar
minyak atau mentega untuk menumis

cara:
  • beras dicuci bersih dan ditoskan
  • kemudian gaulkan dengan lobak merah dan tos hingga kering
  • panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu
  • masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
  • kacau sehingga naik bau
  • masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi
  • tumis sehingga garing
  • masukkan air dan garam secukup rasa
  • apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak
  • boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa
  • setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng
  • tutup periuk rapat-rapat
  • setelah beberapa minit, kacau dan biarkan masak sepenuhnya
  • hidangkan dengan lauk-pauk yang lain

source: k.rossya

2 comments:

MamaFaMi said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Noreen sekeluarga.

Mama dah pernah cuba resepi Kak Rossya ni. Memang sedap kan?

noreen said...

selamat hari raya mamafami - thanks kerana sudi singgah blog noreen yg tak seberapa nie - noreen mmg suke cuba resepi2 k.rossya nie mmg sedap2 semuanya

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin