Bahan-bahan:
Bahan2 A:
14 biji kuning telur
6 biji putih telur
200gm tepung Hong Kong atau tepung gandum
250gm gula kastor
1 sudu makan ovalette
Bahan2 B:
300gm mentega
4 sudu besar susu pekat manis
75gm susu tepung
200gm jem nenas
pewarna makanan hijau, kuning dan merah
cara:
- pukul bahan2 A sehingga kembang dan gebu lebih kurang 8-10 min
- ketepikan
- kemudian pukul pula bahan2 B sehingga sebati lebih kurang 5 min
- campurkan bahan2 B ke dalam bahan2 A dan kacaukan sehingga sebati
- bahagikan adunan kepada 4 bahagian/mangkuk
- warnakan setiap satu adunan dengan warna hijau, kuning, merah dan biarkan satu pada warna asal
- kacaukan setiap adunan dengan setiap pewarna sehingga sebati
- griskan loyang berukuran 8 x 8 inci
- panaskan oven dengan suhu 180-190C dengan atas api & bawah
- lapiskan dengan warna hijau sebagai lapisan pertama diikuti dengan kuning, merah dan asal dengan setiap lapisan dibubuh 4 sudu makan adunan
- bakar selama 6-7 min atau sehingga masak dan keperangan
- setelah masak keluarkan dari oven dan tekankan dengan penekan kek atau belakang sudu supaya mengeluarkan lebihan angin
- kemudian tukarkan suhu oven kepada 200C pada grill mode (api atas sahaja)
- bubuh lagi 4 sudu makan lapisan seterusnya dan bakar selama 5-6 min atau sehingga masak
- lakukan sehingga habis semua adunan digunakan
- pastikan kesemuanya berjumlah 16 lapisan
- keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah dikeluarkan dari loyang
- potong dan hidangkan
source: bro rozzan


1 comments:
hhsgg7307k
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
supreme outlet
Post a Comment