Bahan2 doh:
120gm tepung gandum
120gm tepung roti
1 camb olive oil
1/4 camt garam
1 camt yis
150-160ml air suam
sedikit olive oil - untuk sapuan atas permukaan doh
bahan2 untuk topping:
sos pizza/pasta secukupnya
200gm chicken breast - direbus/digoreng
1/2 biji cili benggala (capsicum) hijau - dipotong memanjang
5 biji buah zaiton - dipotong bulat
100gm cheese mozarella
sedikit parutan cheese parmesan
bahan2 herb seasoning:
secubit herba thyme
secubit herba rosemary
secubit italian seasoning
secubit herba parsley atau flakes
cara:
- masukkan semua bahan2 doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
- tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (bergantung pada jenis BM masing2)
- selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
- selepas itu bolehlah dicanaikan doh menjadi bulat besar di antara 28-30cm
- letakkan di atas pizza pan yang telah digriskan terlebih dahulu
- cucuk2kan permukaan doh tadi dengan garfu
- kemudian sapukan permukaan doh dengan olive oil
- bakar pada suhu 180C selama 10min
- keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
- selepas itu bolehlah disapukan dengan sos pizza/pasta dipermukaan doh
- taburkan dengan cheese mozarella, ayam, capsicum, buah zaitun dan bahan2 herb seasoning
- akhir sekali taburkan lagi cheese mozarella dan parutan cheese parmesan
- bakar lagi sekali pada suhu 200C selama 10-15 min atau sehingga masak dan garing (bergantung pada selera masing2)
- hidangkan panas2
note: topping boleh dipelbagaikan ikut selera masing2. kalau pergi makan di domino pizza jangan lupe order garlic sauce then boleh simpan kat umah makan ngan homemade pizza
source: amy beh
2 comments:
Wow.. sedapnye! meriah dgn cheese tue :)
mmg suke extra cheese lepas tu kebetulan ada garlic sauce beli kat domino pizza cicah ngan chicken pizza nie snow turun pun tatak nampak ahak
Post a Comment