Pages

27 April 2009

Soft white dinner rolls



Bahan-bahan (16 biji):
Bahan2 doh:
500gm tepung roti
3 camt instant yeast
1/2 camb garam
1 camb gula kastor
375ml susu segar
25gm unsalted butter

Bahan2 topping:
1 biji telur - dipukul sedikit
1 camb susu segar
secubit garam
sesame seeds secukupnya
poppy seeds secukupnya

cara:
  • masukkan kesemua bahan2 doh ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
  • keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh tadi menjadi bulat besar dan rehatkan selama 15 min
  • selepas itu bahagi2kan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  • ambil satu doh dan buatkan bentuk bulat
  • susunkan ke dalam tin kek yang telah digris dan jarakkan di antara satu doh dengan yang lain
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian tutupkan tin tadi dengan kain atau cling film dan biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah tin kek tadi disimpan di dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan tin tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • sementara menunggu doh naik bolehlah di campurkan telur, susu dan garam
  • kacau sehingga sebati
  • selepas itu bolehlah disapukan ke atas doh2 tadi dan taburkan dengan sesame seeds dan poppy seeds
  • bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan (jika ingin tahu roti tu masak betul ke tidak bolehlah dijentik2kan permukaan bawah roti dan jika ada bunyi bermakna roti sudah masak betul)
  • keluarkan dari oven dan biarkan selama 5 min
  • kemudian keluarkan dari tin dan biarkan sejuk di atas redai
  • roti nie sedap dimakan panas2

note: senang dan sedap

source: nigella lawson (diubah sedikit)

26 April 2009

Fruit tartlet

Bahan-bahan:
Bahan2 pastry - A:
200gm mentega
100gm gula aising
1/4 camt esen vanila

Bahan2 B:
1 biji telur

Bahan2 C:
420gm tepung gandum
1 camb tepung susu

Bahan2 inti kastard:
2 camb tepung gandum
2 camb tepung kastard atau tepung jagung
8 camb gula pasir
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 camb mentega

Bahan2 hiasan:
strawberry - dipotong kecil
buah peach - dipotong kecil
buah kiwi - dipotong kecil

cara:
  • cara membuat pastry: pukul bahan2 pastry (A) sehingga gebu
  • masukkan 1 biji telur dan pukul lagi sehingga sebati
  • perlahankan mixer dan masukkan bahan2 C dan pukul sehingga rata
  • gaulkan doh sehingga tidak melekat di tangan
  • letakkan sekeping freezer bag yang telah dibelah dua
  • ambil sedikit doh dan canaikan menjadi nipis lebih kurang 3cm
  • tekapkan doh tadi ke dalam acuan tart dan potongkan lebihan di tepi2 acuan dengan pisau
  • cucuk2kan dasar tart dengan garpu
  • lakukan sehingga habis
  • bakar pada suhu 160C selama 12-15 min atau sehingga keperangan
  • keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk
  • bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara
  • cara membuat inti kastard: campurkan tepung gandum, tepung kastard/jagung dan gula ke dalam periuk tahan panas
  • masukkan dua camb susu dan kacau rata
  • setelah itu masukkan pula telur dan kacaukan sebati
  • tuangkan lebihan susu tadi dan jerangkan di atas api yang perlahan
  • pastikan adunan dikacau selalu supaya tidak berketul
  • kacau sehingga adunan menjadi pekat dan likat
  • padamkan api dan masukkan mentega
  • kacaukan sebati dan biarkan sejuk
  • ambil satu keping tart, paipkan inti kastard dan hiaskan buah2an
  • bolehlah dihidangkan atau disimpankan dulu di dalam fridge

source: bahan2 pastry (alex goh) dan inti kastard (k.rinnchan)

25 April 2009

Dalca tumis darat

Bahan-bahan:
1/2 kg tetelan/daging/lamb - potong ikut suka
1 cawan kacang dhal - dicuci & toskan
2 biji karot - dipotong bulat atau ikut suka
5 tangkai kacang panjang - dipotong ikut suka
1 biji terung - dipotong bulat atau ikut suka
2 biji ubi kentang - dibelah 4 atau 8
1 cawan santan pekat
2 keping asam keping
garam secukupnya
air secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bawang putih
9 biji bawang merah
1 inci halia
3 sudu makan serbuk kari daging

Bahan2 rempah tumis:
1inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan2 tumis:
2 camb minyak sapi
3 tangkai daun kari
3 biji bawang kecil - dihiris
3 batang cili kering - dipotong ikut suka


cara:
  • rebuskan tetelan/daging/lamb dan kacang dhal sehingga separuh empuk
  • masukkan ubi kentang dan karot dan biarkan sehingga empuk
  • setelah itu masukkan rempah tumis dan bahan2 kisar
  • gaulkan rata dan renihkan seketika
  • masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa
  • kacau sehingga sebati
  • apabila mendidih sedikit, masukkan kacang panjang dan terung
  • tunggu hingga mendidih sambil dikacau supaya santan tidak pecah
  • apabila semua bahan2 sudah empuk tutupkan api
  • panaskan kuali lain dengan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 tumis: daun kari, bawang kecil dan lada kering sehingga wangi
  • tuangkan ke dalam lauk dalca tadi sambil digauk perlahan2 sehingga sebati
  • bolehlah dihidangkan dengan nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani, roti atau roti paratha

source: k.nis (diubah sedikit)

24 April 2009

Marble chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
3 biji kuning telur
40gm gula pasir
1/8 camt garam
1/2 camt esen vanila
40gm minyak jagung/canola
50ml susu segar - pada suhu bilik
75gm tepung kek

Bahan2 B:
4 biji putih telur
1/4 camt cream of tartar
40gm gula pasir

1/2 camt chocolate emulco - kalau tiada boleh digantikan dengan 6gm serbuk koko

cara:
  1. ayakkan tepung kek dan ketepikan
  2. Bahan2 A: pukul kuning telur, garam, esen vanila dan gula sehingga gebu
  3. masukkan minyak jagung, susu dan pukul lagi sehingga sebati
  4. perlahankan mixer dan masukkan tepung sambil dipukul sehingga rata
  5. ketepikan
  6. Bahan2 B: pukul putih telur sehingga berbuih
  7. masukkan pula cream of tartar sambil dipukul lagi
  8. kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil dipukul sehingga gebu dan adunan menjadi ringan (apabila di angkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  9. tuangkan 1/2 adunan Bahan2 B ke dalam adunan A sambil dikaupbalikkan sehingga sebati
  10. lakukan sehingga habis
  11. setelah itu ketepikan 1/4 adunan ke dalam mangkuk yang lain dan masukkan chocolate emulco
  12. kacaukan adunan sehingga sebati
  13. tuangkan 2 senduk adunan plain ke dalam chiffon cake tin size 18cm dan 1 senduk adunan chocolate
  14. lakukan berselang-seli sehingga habis kedua2 adunan digunakan
  15. ambil chopstick dan buatkan bulatan supaya terbentuknya marble (nie ikut seni masing2 cara untuk membuat marble)
  16. akhir sekali bakar pada suhu 175C selama 35-45 min atau sehingga masak
  17. setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

22 April 2009

Chicken teriyaki

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 camb madu
4 camb kicap manis
1 camb gula pasir
3 inci halia - diparut atau 2 camt chopped ginger (di UK ada jual dalam botol)
3 ulas bawang putih - diparut atau 2 camt chopped garlic (di UK ada jual dalam botol)
1 camt garam

cara:
  1. gaulkan semua bahan bersama2 dengan ayam sehingga sebati
  2. simpankan di dalam fridge selama 1 jam
  3. bakar pada suhu 180 - 200C selama 30-40 min atau sehingga masak
  4. siramkan lebihan perapan dan sentiasa balik2kan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat
  5. setelah masak bolehlah dihidangan dengan nasi ayam, nasi lemak atau dengan salad

source: k.rinnchan (diubah sedikit)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin