Pages

28 August 2008

White buns

Bahan-bahan (10 biji):
200gm tepung roti
50gm tepung gandum/tepung kek
3gm (1 camt) instant yeast
13gm gula pasir
5gm (1 camt) garam
25gm thick malt syrup
18gm kuning telur
38gm butter or unsalted butter
160gm susu segar

1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas roti
sedikit tepung - untuk ditaburkan atas roti

cara:
  • masukkan semua bahan2 ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
  • keluarkan doh dan letakkan ke atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat yang besar
  • rehatkan doh selama 15 min
  • setelah itu bahagikan doh kepada 10 biji dengan 50gm setiap satu
  • bentukkan menjadi bola dan susunkan ke atas baking tray yang digriskan dengan butter
  • biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min - 1 jam
  • sapukan permukaan doh dengan telur (egg wash) dan taburkan dengan sedikit tepung
  • bakar pada suhu 200C (bergantung pada oven masing2) selama 10-12min atau sehingga keperangan
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk atas redai
  • white buns nie boleh dibuat sandwich atau roti burger

Udang masak sweet sour

Bahan-bahan:
500gm udang
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng

Bahan2 sos:
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah - dihiris
1/2 cawan air
1 biji tomato - dibelah 6
garam dan gula secukup rasa

cara:

  • udang digaulkan dengan kunyit, garam dan gorengkan sehingga masak
  • angkat dan ketepikan
  • asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula. tumiskan bawang merah dan bawang putih
  • apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air
  • masukkan juga cili, gula dan garam secukup rasa
  • setelah kuah pekat, masukkan udang dan gaulkan semuanya sebati
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih

source: k.hanieliza

26 August 2008

Pastel steamed cake

Bahan-bahan:
5 biji telur
200-220gm gula pasir/kastor
150gm tepung kek
150gm tepung gandum
1 1/2 camt ovalette
180gm 7-up/sprite/cream soda

1 camt emulco cokelat
1 camt emulco strawberry
1 camt emulco pandan

cara:

1. griskan loyang bulat atau empat segi dengan butter atau minyak dan ketepikan
2. ayakkan kedua2 tepung dan ketepikan
3. pukul telur sambil dimasukkan gula sedikit demi sedikit sehingga gebu dan kembang
4. kemudian masukkan pula ovalette dan pukul lagi selama 3 min
5. masukkan separuh tepung ke dalam adunan dan separuh 7-up/sprite/cream soda sambil dikaupbalikkan dengan spatula
6. setelah itu masukkan lagi separuh tepung dan 7-up/sprite/cream soda dan gaulkan sebati
7. bahagikan adunan kepada 4 bahagian dengan setiap satu seberat 220gm
8. biarkan satu adunan tanpa warna dan masukkan ketiga2 pewarna ke dalam ketiga2 adunan sambil dikacau sebati
9. kemudian kukuskan setiap warna selama 7 min dan lakukan sehingga kesemua adunan habis. untuk adunan yang paling akhir kukuskan selama 10 min
10. biarkan sejuk barulah boleh dipotong dan dihidangkan

25 August 2008

Ayam percik resepi II

Bahan-bahan:
1 1/2 kg ayam - dipotong ikut suka

Bahan2 kisar:
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
4 biji cili merah
1 camb serbuk ketumbar
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk jintan manis
3 batang serai
1cm lengkuas
4 biji buah keras
1cm kunyit hidup

4 cawan santan - dari 1 biji kelapa yang diperah bersama dengan 3 cawan air
2 camb air asam jawa - dari 1 camb asam jawa yang diperah bersama dengan 1 1/2 camb air
1 helai daun kunyit - dihiris
garam dan gula secukup rasa

cara:

1. masukkan ayam, bahan2 kisar, santan, air asam jawa, daun kunyit, garam dan gula ke dalam kuali
2. renih dengan api perlahan selama 15-20 min atau agak2 ayam dah lembut
3. keluarkan ayam dan panggang di atas grill sambil dipercikkan sedikit dengan kuah
4. masak kuah sehingga pekat
5. hidangkan ayam panas2 dengan nasi putih

Pullman bread


resepi roti laei

Bahan-bahan (1lb loaf):
330gm tepung roti
50gm wheat flour
4gm (1 1/4 camt) instant yeast
23gm gula pasir
19gm unsalted butter
7gm garam
8gm tepung susu
38gm telur
232gm air

sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:

1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting dough. tunggu sehingga siap
2. keluarkan dari BM dan letakkan ke atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
3. bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min
4. kemudian bahagikan doh kepada dua (350gm setiap satu)
5. ambil satu doh dan canaikan (gambar 4-1 & 4-2) dan lipatkan dua (4-3, 4-4 & 4-5)
6. setelah itu gulungkan doh tadi (4-6 & 4-7) dan lipatkan dua (4-8)
7. susunkan ke dalam loaf pan yang telah di gris terlebih dahulu dan habiskan dengan doh yang satu lagi
8. bentuk ikut suka masing2
9. biarkan doh naik dua kali ganda selama 45min - 1jam dan bakar pada suhu 160C selama 10 min kemudian naikkan suhu pada 190C selama 20min atau sehingga masak dan keperangan
10. keluarkan dari oven dan loaf pan. sapukan olive oil ke atas permukaan roti supaya ianya sentiasa kekal lembut
11. biarkan sehingga sejuk barulah boleh dipotong

24 August 2008

Nasi kasbah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
6 cawan beras basmathi
7 cawan air - nie agak2lah
1/2 cawan air mawar
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji buah tomato - dipotong dadu
2 sudu besar tomato puri
1 cawan mentega/minyak sapi/minyak
2 sudu besar rempah beriani
rempah tumis - bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga

note: kalau tak ada rempah beriani boleh jugak diganti dengan bahan2 dibawah dan dimesin kesemuanya hingga halus:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada putih

cara:

1. ayam dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam. ketepikan
2. panaskan mentega/minyak sapi/minyak. kemudian tumis rempah tumis dan bawang besar hingga kuning dan wangi
3. masukkan tomato puri, rempah beriani, buah tomato, air, air mawar, garam secukupnya dan ayam
4. kacau rata. biarkan mendidih dan ayam 1/2 masak
5. akhir sekali masukkan beras dan gaulkan rata. masak nasi seperti biasa (boleh transferkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa)
6. hidangkan bersama2 dengan acar timun

22 August 2008

Maple syrup loaf


Bahan-bahan:
220gm tepung roti
100gm tepung kek
6gm garam
15gm gula pasir
1 biji telur + air = 170gm
60gm maple syrup
4gm (1 1/4 camt) instant yeast
15gm butter atau unsalted butter (saya suke guna unsalted roti lebih lembut)

sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:

1. masukkan semua bahan2 ke dalam bread machine dan tekankan setting untuk doh. tunggu sehingga selesai lebih kurang 1 1/2 jam
2. keluarkan doh dari BM dan letakkan ke atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung dan tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
3. bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min
4. kemudian bahagikan doh kepada dua. ambil satu doh dan canaikan seperti gambar A dan gulungkan kedua2 belah (B, C, D, E & F). lakukan sehingga habis kedua2 doh
5. kemudian masukkan kedua2 doh tadi ke dalam loaf pan dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min atau 1 jam
6. bakar pada suhu 175C selama 10 min dan turunkan suhu pada 160C selama 20 min atau sehingga masak dan keperangan
7. setelah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil di atas permukaan roti supaya ianya sentiasa kekal lembut

Sugar rolls

Bahan-bahan:
4 biji telur putih
80gm gula kastor
4 biji telur kuning
1/4 camt esen vanila
100gm tepung kek
1/2 camt baking powder
40gm minyak jagung

100gm butter cream - ape2 perasa pun boleh vanila atau cokelat
gula halus

cara:

1. dengan menggunakan electric mixer pukul telur putih dan kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (seperti mayonis)
2. masukkan telur kuning satu persatu sambil dipukul selama 3 min
3. kemudian kaupbalikkan tepung dan baking powder yang telah dicampurkan terlebih dahulu
4. masukkan pula minyak jagung sambil dikacau sehingga sebati
5. tuangkan adunan ke atas baking tray 11" x 14" atau 10" x 14" yang telah digris dan di letakkan greaseproof paper
6. bakar pada suhu 200C selama 10 min
7. keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk
8. angkat kek tadi dan transferkan ke atas greaseproof paper yang bersih. sapukan butter cream keseluruhan kek tadi dan taburkan sedikit gula halus
9. gulungkan seperti swiss rolls
10. setelah siap bolehlah dipotong dan hidangkan

Cucur udang selera

Bahan-bahan:
120gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur - dipukul sedikit
120ml air
100gm udang - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 biji cili merah - dihiris
2 batang daun bawang - dipotong halus
1 kiub serbuk ikan bilis
garam secukup rasa

cara:

1. ayakkan tepung gandum bersama2 dengan baking powder dan satukan dengan tepung jagung
2. kemudian masukkan telur, air dan kacau sehingga sebati
3. masukkan bawang besar, daun bawang, cili merah dan serbuk ikan bilis serta udang
4. masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati
5. biarkan adunan rehat selama 10 min sebelum digoreng sehingga garing dan masak
6. hidangkan dengan sos lingam

note: sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang

Twisted cheese rolls

Bahan-bahan (14 rolls):
270gm tepung roti
30gm wheat flour
4gm (1 1/4 camt) instant yeast
40 gula pasir
5gm (1 camt) garam
9gm tepung susu
30gm telur (pukul dan timbang)
30gm unsalted butter
165gm air

parutan/serbuk cheese cheddar - ape2 brand pun boleh
telur - dipukul sedikit

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 ke dalam bread machine dan tekan untuk setting doh. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
2. keluarkan doh dari BM dan letakkan ke atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
3. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin. kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min
4. bahagikan doh kepada 14 dengan setiap satu seberat 40gm
5. kemudian canaikan doh tadi seperti di dalam gambar step 1 (A & B)
6. gulungkan doh tadi seperti swiss roll (C, D, E & F)
7. selepas itu canaikan memanjang dalam 23-24cm seperti gambar step 2 (A & B)
8. twistkan doh tadi (C, D & E)
9. sapukan twisted rolls tadi dengan telur yang telah dipukul dan gelek2kan ke atas taburan cheese
10. susunkan ke atas baking tray yang telah digris dan lakukan sehingga habis
11. biarkan rolls naik dua kali ganda sebelum dibakar pada suhu 200C selama 12 min atau sehingga masak

19 August 2008

Daging goreng pattaya

Bahan-bahan:
500gm daging batang pinang - dihiris nipis
1 labu bawang besar - dihiris bulat
4 helai daun limau purut
beberapa helai daun selasih (thai basil) - dihiris halus
segenggam daun ketumbar - dicincang kasar
1 batang serai - dititik
2 tangkai daun bawang - dihiris nipis
sedikit gula dan garam
minyak untuk menggoreng

Bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
2 biji cili merah

Bahan2 perasa:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram

cara:

1. panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan2 tumbuk sehingga wangi
2. masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula, garam dan bawang besar
3. sebelum diangkat masukkan daun limau purut, daun selasih dan daun ketumbar
4. padamkan api dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih

note: daging boleh jugak direbus terlebih dahulu dan jika hendakkan kuah bolehlah dimasukkan sedikit stok daging dari air rebusan

Ikan masak lada nyonya

Bahan-bahan (5 orang):
500gm (1 ekor sederhana) ikan tenggiri - dipotong 5 keping
30gm (3 sudu makan) minyak sayuran - untuk menumis
2gm lada hitam - ditumbuk
20gm asam jawa diramas dengan air dan tapiskan
375ml (1 3/4 cawan) air
bendi atau tomato
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
10 biji bawang merah

1 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup
1cm lengkuas
2 helai cili kering - nak pedas boleh lebihkan
2 batang serai
5 biji buah keras
5gm belacan - jika suka

cara:

1. panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan2 kisar sehingga garing
2. masukkan lada hitam yang telah ditumbuk dan teruskan menggoreng sehingga wangi
3. kemudian masukkan pula air asam jawa dan biarkan menididih perlahan2
4. masukkan pula ikan, air (nie agak2lah kalau nak pekat atau cair) dan garam secukup rasa
5. akhir sekali masukkan bendi atau tomato yang telah di belah 4
6. biarkan sehingga ikan masak. padamkan api dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulaman

17 August 2008

Banana nut muffins


Bahan-bahan (8 biji bergantung pada size muffin cases):
1/4 cawan mentega - kalau nak guna unsalted butter pun boleh
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur
3/4 cawan pisang lecek - dalam 2 biji sederhana besar
1/2 camt esen vanila
1 cawan tepung gandum
3/4 camt baking powder
1/4 camt garam
1/8 camt soda bikarbonat
1/8 camt serbuk kulit kayu manis
1/4 cawan chopped walnuts - nak gantikan dengan almond, hazelnut pun boleh ikut suka

cara:

1. panaskan oven pada suhu 180C. susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
2. pukul mentega dan gula sehingga gebu dan kembang. kemudian masukkan pula telur, pisang dan esen vanila. pukul lagi sehingga sebati
3. ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat, garam dan serbuk kulit kayu manis dan masukkan ke dalam adunan tadi. pukul rata
4. kaupbalikkan walnuts sehingga sebati
5. dengan menggunakan scoop ice-cream penuhkan 2/3 muffin cases dengan adunan dan bakar selama 23-25 min atau sehingga masak

note: pastikan pisang yang digunakan betul2 yang sudah masak ranum dan hampir2 nak benye

16 August 2008

Kepak ayam bakar

Bahan-bahan:
8 keping kepak ayam
30ml (2 camb) minyak jagung
20gm bawang putih - dicincang
15ml (1 camb) sos Lea & Perrien
15ml (1 camb) jus lemon
1 camb serbuk rempah cajun

cara:

1. perapkan ayam dengan serbuk cajun, bawang putih, jus lemon, sos Lea & Perrien dan lumurkan ia dengan sedikit minyak jagung. perap selama 5 min
2. panggang kepak ayam di dalam oven pada suhu 160-180C selama 20-30 min atau sehingga masak. terbalikkan ayam supaya kedua2 bahagian masak sama rata
3. hidangkan bersama2 dengan sos barbeku, thai sweet chilli, cili sos dan sebagainya

15 August 2008

Parker house rolls


Bahan-bahan (8 biji):
200gm tepung roti
50gm wheat flour
3gm (1 camt) instant yeast
25gm gula pasir
4gm garam
5gm tepung susu
25gm telur - 1/2 biji
25gm unsalted butter
132gm air

sedikit salad oil/olive oil/mentega - untuk sapuan
sedikit olive oil - untuk sapuan

cara:

1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
2. keluarkan doh dan letakkan atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
3. kemudian bahagikan doh kepada 8 dengan setiap satu seberat 60gm dan bentukkan menjadi bola. rehatkan selama 15 min
4. selepas itu canaikan sebiji doh (gambar A & B) dan sapukan salad oil/olive oil atau mentega di atas doh tersebut (gambar C)
5. lipatkan doh menjadi dua (gambar D) dan susunkan ke atas baking tray yang telah di griskan terlebih dahulu. lakukan dengan doh yang seterusnya sehingga habis
6. setelah siap biarkan doh naik dua kali ganda dalam 1 jam dan bakar pada suhu 200C selama 8 min. kemudian turunkan suhu oven pada 180C selama 4 min atau sehingga masak (kepanasan suhu bergantung pada oven masing2)
7. keluarkan dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
8. bolehlah di makan bersama2 dengan daging burger, sosej, telur goreng dan sebagainya

14 August 2008

Earl grey chiffon cake


Bahan-bahan:
Bahan2 A:
1 camb serbuk earl grey tea
100gm tepung kek
1 1/2 camt baking powder
1/2 camt garam
3 biji kuning telur
40gm gula kastor
50ml vegetable oil
75ml air

Bahan2 B:
3 biji putih telur
40gm gula kastor

cara:

1. griskan chiffon tin atau bundt tin dan taburkan dengan sedikit tepung. ratakan keseluruhannya supaya kek tidak melekat bila dikeluarkan. ketepikan
2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan garam. ketepikan
3. asingkan telur putih dan kuning, ketepikan
4. masukkan kuning telur di dalam mixing bowl dan pukulkan dengan whisk sehingga gebu dan kembang. kemudian masukkan sedikit demi sedikit (3 kali) gula sambil dipukul rata
5. kemudian masukkan pula minyak dan pukul lagi sehingga rata. setelah itu masukkan air dan pukul lagi
6. masukkan tepung sambil dipukul supaya adunan menjadi sebati. kemudian masukkan pula serbuk teh, kacau rata
7. di dalam mixing bowl yang lain pukul putih telur dengan menggunakan electric mixer sehingga kembang sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit (3 kali). pukul sehingga gebu
8. dengan menggunakan spatula kaupbalikkan adunan putih telur (sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali) ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati
9. kemudian tuangkan adunan ke dalam tin dan bakar pada suhu 170C selama 45-50min atau sehingga masak
10. keluarkan dari oven dan tunggu sehingga kek betul2 sejuk barulah boleh dipotong

note: selain dari earl grey boleh jugak guna perasa lain

13 August 2008

Kuah kacang

Bahan-bahan:
4 camb minyak
300gm kacang goreng - dikisar kasar
1 cawan air
1/4 cawan air asam jawa - dari 2 camb asam jawa yg di campur dengan 1/4 cawan air
4 camb gula pasir
100gm gula melaka/merah
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
4 batang serai
1cm lengkuas
1cm halia
1 camt jintan putih
1 camb ketumbar
4 camb cili kisar

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan wangi
  • masukkan kacang, air, air asam jawa, gula, gula melaka dan garam secukup rasa
  • kacau sehingga kuah sedikit pekat (kepekatan kuah bergantung pada masing2)
  • hidangkan bersama2 dengan satay atau nasi impit

10 August 2008

Ayam goreng berempah resepi I


Bahan-bahan:
5 ketul ayam - peha atau chicken wing
3 tangkai daun kari
minyak untuk menggoreng

Bahan2 kisar:
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar biji
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji telur
garam secukup rasa

cara:

1. perapkan ayam dengan bahan2 kisar dan daun kari selama 1 jam
2. panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing menggunakan api sederhana panas
3. hidangkan ketika masih panas

Chicken tikka masala

Bahan-bahan (4 orang):
Bahan2 perapan:
1 cawan plain yogurt
2 camb jus lemon
2 camt serbuk jintan putih
2 camt serbuk red pepper/hot chilli
2 camt serbuk lada hitam
1 camt serbuk kulit kayu manis
1 camt garam
1in halia - dihiris macam mancis
600gm chicken breast - dipotong dadu (atau boleh gunakan mane2 bahagian ayam)

Bahan2 untuk kuah:
1 camb unsalted butter
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili hijau - dihiris
2 camt serbuk ketumbar
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk paprika
1 camt garam masala
1 tin (220gm) sos tomato
1 cawan whipping cream
1/2 cawan coriander leaves - dihiris
garam dan gula secukupnya

cara:

1. camburkan bahan2 perapan, ayam dan gaulkan sebati. masukkan ke dalam food plastic bag dan simpan di dalam fridge selama 1 jam
2. panaskan grill pan dan letakkan ayam di atasnya. biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar ayam di dalam oven pada suhu 180C selama 30min atau sehingga masak
3. sementara itu panaskan kuali tumiskan bawang putih dan cili hijau sehingga wangi
4. masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, garam masala, gula dan garam secukupnya
5. kemudian masukkan pula sos tomato dan kacau sehingga sebati. biarkan lebih kurang 15 min dengan api yang sederhana panas
6. masukkan whipping cream dan gaul rata. masak sehingga kuah pekat (ini bergantung pada masing2 jika mau kuah pekat atau sedikit cair)
7. selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. biarkan selama 5 min
8. taburkan sedikit daun ketumbar dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih, roti naan atau pita bread

Ayam goreng asam pedas

Bahan-bahan:
12 ketul ayam
sedikit serbuk kunyit
sedikit sos tiram
1 batang bunga kantan - dihiris
sedikit daun kesom
2 helai daun limau purut
1/2 cawan minyak
1/2 biji nenas - dipotong dadu
1/2 cawan air asam jawa
1 batang serai - diketuk
gula dan garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
6 biji cili merah
2cm halia muda
2 sudu kecil belacan
3 ulas bawang putih

cara:

1. lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan sos tiram. goreng sehingga masak, ketepikan
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi
3. masukkan ayam, air asam jawa, serai, daun limau purut, bunga kantan, daun kesom dan nenas. gaul sebati
4. tambahkan garam dan gula secukup rasa
5. masak sehingga kuahnya sedikit kering

Peach layered sponge cake


Bahan-bahan:
4 biji telur - pada suhu bilik
100gm gula kastor
4gm garam
140gm tepung kek
30gm salad oil/vegetable oil/canola oil
30gm susu segar

Filling:
1 cawan whipping cream
1 tin peach slices

cara:

1. ayakkan tepung dan ketepikan
2. griskan tin kek size 18/20cm dan taburkan dengan sedikit tepung, ketepikan
3. pukul telur dan gula dengan electric mixer dengan high speed selama 5-7 min sehingga gebu dan kembang. kemudian pukul lagi selama 1-2 min dengan slow speed
4. kaupbalikkn tepung ke dalam adunan sehingga sebati
5. campurkan 1/3 adunan dengan salad oil dan kacau rata. tuangkan semula ke dalam remaining batter dan kacau sebati
6. masukkan susu segar ke dalam adunan dan kacau rata
7. tuangkan adunan ke dalam tin dan bakar pada suhu 180C selama 35 min atau sehingga masak
8. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. potongkan kek kepada dua atau tiga keping bergantung pada size tin yang digunakan
9. untuk menyediakan filling: pukul whipping cream sehingga gebu dan kembang. sapukan ke atas lapisan kek yang pertama dan susunkan peach
10. lakukan dengan lapisan seterusnya jika kek dipotong 3 lapis
11. sapukan lapisan atas kek dengan whipping cream dan hiaskan ikut suka

9 August 2008

Buttery rolls


Bahan-bahan (18 rolls):
1 cawan susu segar - pada suhu bilik
1/2 cawan (55gm) mentega atau marjerin
1/4 cawan (55gm) gula pasir
2 biji telur
1 1/2 camt garam
4 cawan (500gm) tepung roti
2 1/4 camt dry/instant yeast

sedikit susu segar/telur dipukul sedikit - untuk sapuan
almond flakes/sesame seed - untuk taburan (optional)
sedikit olive oil - untuk sapuan

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
2. selepas siap keluarkan dari bread machine dan letakkan di atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
3. setelah itu bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan untuk 15 min
4. bahagikan doh kepada 18 dengan seberat 50gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola
5. susunkan ke atas tin kek bersaiz 4 segi dan biarkan ianya naik dua kali ganda
6. sapukan setiap rolls dengan susu segar/telur (optional) dan taburkan dengan almond flakes/sesame seed (optional)
7. bakar pada suhu 190C selama 15-20min atau sehingga masak dan keperangan

note: boleh juga diisikan apa2 inti seperti kaya, inti kacang merah, inti cheese, inti sambal ikan bilis

7 August 2008

Telur dadar udang

Bahan-bahan:
3 biji telur
100gm udang - dicincang atau dibiarkan gitu
1 sudu besar sayur campur
sedikit daun sup dan daun bawang - dihiris halus (optional)
sedikit garam

cara:
  • pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul
  • masukkan udang, sayur campur, daun sup, daun bawang dan garam
  • gaulkan sebati
  • panaskan minyak dan goreng

6 August 2008

Sesame sweet bun


Bahan-bahan (8 biji):
200gm tepung roti
50gm tepung kek
1 camt bread improver
6gm tepung susu
50gm gula pasir
1/2 camt garam
6gm (2 camt) instant yeast
28gm telur - dipukul sedikit dan timbang
120gm air sejuk
15gm mentega cair atau canola oil

10gm toasted black sesame seeds
sedikit telur yang telah dipukul - untuk sapuan
sedikit olive oil - untuk sapuan

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 ke dalam bread machine dan tekankan setting untuk doh. selepas 10 min masukkan sesame seeds dan tunggu sehingga siap
2. keluarkan dan tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin. bentukkan menjadi bola yang besar dan rehatkan selama 15 min
3. kemudian bahagian doh kepada 8 setiap satu dalam 60gm dan bentukkan menjadi bola. boleh juga diisikan apa2 inti seperti kaya, kacang merah dan sebagai
4. susunkan ke dalam chiffon tin kek yang telah digris (seperti gambar dibawah) dan tutupkan dengan cling film. biarkan bun naik du kali ganda
5. sapukan telur ke atas bun tadi dan bakar pada suhu 190C selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan
6. keluarkan dari oven dan sapukan permukaan bun dengan olive oil supaya ianya sentiasa lembut

4 August 2008

Pandan butter cake

Bahan-bahan:
225gm tepung kek
1 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 camt garam
85gm unsalted butter - dipotong kiub
180gm gula pasir
2 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan (240ml) non-fat unsweetened yogurt
30ml jus pandan
1/4 camt esen pandan
setitik pewarna hijau

cara:

1. griskan loaf pan atau bundt pan dengan butter dan taburkan dengan tepung. ratakan keseluruhannya supaya kek tidak melekat. ketepikan
2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder, soda bikarbonat dan garam. ketepikan
3. satukan yogurt, jus pandan dan esen pandan. kacau sebati dan ketepikan
4. pukulkan mentega sehingga gebu dan kembang. masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. selepas itu masukkan pula telur sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga sebati
5. dengan kelajuan perlahan, masukkan 1/3 dari campuran tepung ke dalam adunan mentega tadi dan pukul lagi. kemudian masukkan 1/2 campuran yogurt ke dalam adunan sambil dipukul lagi. lakukan sehingga habis (tepung-yogurt-tepung-yogurt-tepung)
6. kacau adunan dengan menggunakan spatula dan tuangkan ke dalam tin kek tadi
7. hentakkan sedikit tin kek supaya mengeluarkan angin dan bakar pada suhu 180C selama 35-45 min atau sehingga masak
8. setelah masak keluarkan tin kek dari oven dan biarkan sejuk selama 5 min. kemudian barulah dikeluarkan dari tin dan sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan

note: kalau tak mau menggunakan jus pandan dan esen pandan bolehlah digantikan dengan pandan emulco

3 August 2008

Nasi ayam istimewa resepi I

Bahan-bahan:
Bahan-bahan nasi dan sup:
500gm beras basmathi - dibasuh dan ditoskan
50gm kulit ayam
3 ketul kiub pati ayam
air secukupnya untuk masak nasi dan sup
3 sudu besar marjerin untuk menumis
garam dan bahan perasa secukupnya
1 batang karot - dipotong bulat
bawang goreng
daun sup - dihiris
1-2 helai daun pandan - disimpul
5 biji bawang merah - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
1 1/2 inci halia

cara:

1. panaskan periuk dengan marjerin, tumis semua bahan2 yang dikisar hingga kekuningan
2. masukkan air, kiub pati ayam, kulit ayam, garam dan bahan perasa. biarkan sehingga mendidih dan tutupkan api
3. beras yang telah ditos tadi masukkan ke dalam rice cooker, tuangkan kuah sup tadi secukupnya dan daun pandan
4. onkan rice cooker dan biarkan nasi masak
5. masukkan karot ke dalam kuah sup tadi dan biarkan sehingga karot empuk. taburkan bawang goreng dan daun sup. hidangkan

Bahan-bahan perap ayam:
1 ekor ayam - dipotong 4 atau ikut suka
5 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap cair
6-8 biji cili padi - dikisar/ditumbuk (boleh tambahkan kalau suka pedas)
4 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam

cara:

1. satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan masukkan ayam. gaulkan sehingga sebati
2. perapkan ayam selama 1 jam
3. kemudian kukuskan ayam tadi dan gorengkan sehingga masak kekuningan

Bahan-bahan sos:
3 biji bawang putih - dikisar
1/2 sudu kecil bahan perasa
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
8 tangkai cili kering - dikisar
5 biji cili merah - dikisar
5 sudu besar sos cili
5 sudu sos tomato
1 sudu besar gula

cara:

1. panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga garing
2. masukkan bahan2 yang lain dan biarkan mendidih seketika

Sambal tumis petai


Bahan-bahan:
1kg udang
3 papan petai - diambil isinya
1/2kg bawang besar - dihiris
2 sudu makan santan
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 batang cili kering
1 ketul belacan

cara:

1. panaskan kuali, tumiskan bahan2 kisar hingga wangi
2. kemudian tuangkan air asam jawa dan masak pada api sederhana hingga naik minyak
3. selepas itu, masukkan petai, udang dan bawang besar. kacau rata
4. akhir sekali, masukkan santan dan perasa secukupnya. kacau sehingga udang masak
5. hidangkan bersama2 dengan nasi putih

2 August 2008

Mee goreng pattaya

Bahan-bahan (2 orang):
150gm mee kuning
50gm isi ayam - dipotong kecil
50gm udang
50gm sotong - dipotong bulat
2 sudu makan cili kisar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 tangkai sawi - dipotong
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
2 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
3 sudu makan minyak

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bawang putih dan cili kisar sehingga garing
  • masukkan ayam, udang, sotong dan sawi. masak selama 2 min
  • kemudian masukkan kicap pekat, sos tiram dan mee. apabila cukup masak, angkat dan ketepikan
  • panaskan sedikit minyak dan dadarkan telur hingga masak
  • letakkan mee di dalamnya dan lipat menjadi bungkusan empat segi

Garlic bread resepi I


Bahan-bahan (6 biji):
150gm tepung roti
50gm tepung kek
15gm gula kastor
1/4 camt garam
1/2 camt instant yeast
130gm susu segar
15gm unsalted butter

garlic filling:
30gm mentega - pada suhu bilik
2-3 ulas bawang putih - chopped
1 camt daun parsley kering

1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas doh

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 ke dalam bread machine kecuali mentega dan tekankan untuk setting doh. biarkan selama 10 min barulah dimasukkan mentega dan biarkan sehingga doh siap lebih kurang 1 1/2 jam
2. keluarkan dan tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin. proses ini penting
3. bahagiakan setiap doh kepada 60gm setiap satu dan bentukkan semula menjadi bola kecil. rehatkan selama 15 min
4. setelah itu canaikan setiap doh menjadi bentuk bulat dan gulungkan seperti swiss roll supaya menjadi longish oval shape or torpedo shape
5. susunkan ke atas baking tray yang telah digris dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min ke 1 jam
6. sementara menunggu doh siap bolehlah disediakan garlic filling. satukan kesemua bahan dan gaulkan sebati. ketepikan
7. dengan menggunakan pisau yang tajam potong tengah2 roti tetapi jangan sampai terputus dan sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit. pipekan garlic filling ke atas doh dan bakar pada suhu 180C selama 12-15 min

note: cara untuk membentuk doh ikut pada cara masing2

1 August 2008

Mee sup

Bahan-bahan (2 org):
300ml air rebusan ayam
250gm mee kuning
udang basah - ikut suka berapa banyak
sotong - ikut suka berapa banyak dan dipotong bulat2
1 sudu teh minyak bijan
1 ulas bawang putih - dicincang
3 biji cencawan butang - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
sayur sawi (ikut suka berapa banyak) - dipotong ikut suka
1/2 batang karot - dipotong ikut suka
garam & serbuk lada sulah secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
bawang goreng

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bawang putih hingga garing
  • masukkan udang, sotong, stok ayam, minyak bijan dan garam. kacau sekali-sekala hingga mendidih
  • masukkan mee, cendawan, cili merah, karot dan sawi. masak sehingga karot lembut
  • bubuh mee dan supnya ke dalam mangkuk. taburkan bawang goreng dan lada sulah secukup rasa
  • hidangkan panas2 dengan cili jeruk
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin