Pages

20 February 2010

Nasi tomato ayam

Bahan-bahan (8 orang):
1kg beras basmathi - cuci dan toskan
300gm ayam / isi ayam - dipotong kecil
1100ml air atau secukupnya
8 biji buah tomato - dicincang halus
4 sudu besar tomato puri
1 1/4 cawan susu sejat / susu segar
3/4 cawan minyak sapi /marjerin
garam secukup rasa

bahan2 kisar:
3 labu bawang besar
15 biji bawang putih
1 inci halia

bahan2 penumis:
8 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis
4 batang serai - dititik
3 helai daun pandan - disimpul

bahan2 hiasan:
daun sup/bawang, bawang goreng/gajus goreng

cara:
  • rebuskan ayam sehingga masak
  • toskan ayam dan ketepikan
  • panaskan minyak sapi/marjerin di dalam mangkuk
  • tumiskan bahan2 penumis sehingga wangi
  • masukkan bahan2 kisar dan tumis lagi sehingga garing
  • kemudian masukkan pula buah tomato dan tomato puri
  • kacau rata
  • selepas itu masukkan air rebusan ayam, susu cair/segar dan biarkan sehingga mendidih
  • masukkan beras dan masak sehingga hampir kering
  • akhir sekali masukkan ayam dan garam secukup rasa
  • kacaukan sebati
  • tutup periuk dan kecilkan api
  • masak seperti menanak nasi biasa
  • jika ingin masak menggunakan rice cooker selepas dimasukkan beras dan garam kacau sehingga beras kembang
  • kemudian masukkan ke dalam rice cooker dan letakkan ayam
  • masak seperti menanak nasi biasa
  • setelah masak bolehlah dipadamkan api
  • hidangkan dan taburkan dengan bahan2 hiasan

source: kak fida, myr

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin