Pages

6 February 2010

Nasi tomato resepi II

Bahan-bahan:
500gm beras basmathi - cuci bersih dan toskan (jangan cuci terlalu lama nanti beras senang pecah)
125gm minyak sapi
4 biji buah tomato - dibelah 4
125ml tomato puree
4 sudu makan sos tomato
500ml susu cair/segar
air secukupnya
garam dan gula secukupnya
1 helai daun pandan - disimpulkan

bahan2 hiris:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia

bahan2 penumis:
2 kuntum bungan lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

cara:
  • panaskan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 hiris sehingga garing dan naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 penumis dan daun pandan
  • tumiskan seketika
  • masukkan buah tomato dan masak sehingga layu
  • selepas itu masukkan pula tomato puree, sos tomato dan kacaukan rata
  • masukkan susu cair/segar, beras, garam dan gula secukup rasa
  • tambahkan air secukupnya dan masak sehingga air kering
  • boleh juga dituangkan semua ini ke dalam rice cooker dan tanaklah nasi seperti biasa
  • setelah masak gembur2kan nasi supaya ianya cantik berderai
  • sedia untuk dihidangkan dengan ayam masak merah, acar timun dan sebagainya

source: Vrie's, myr

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin