Pages

18 November 2008

Seri kaya resepi II

Bahan-bahan (500ml):
1/2 cawan (115gm) gula pasir
3 biji telur
1 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1 cawan gula pasir (225gm)
1 cawan air

cara:
  • masukkan 1 cawan gula pasir dan air ke dalam mangkuk dan masak sehingga menjadi gula hangus dengan api sederhana panas
  • angkat dan sejukkan - proses membuat gula hangus ini mengambil masa agak lama sedikit tetapi jangan ditingal2kan nanti hangus dan warna kaya tidak cantik
  • dengan menggunakan whisker pukul 1/2 cawan gula pasir bersama2 dengan telur sehingga sebati
  • proses membuat seri kaya: mula2 masukkan gula yang telah dipukul dengan telur ke dalam mangkuk, diikuti dengan santan, tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air dan akhir sekali gula hangus
  • kacau dengan api sederhana panas sehingga menjadi pekat dan mendidih - kepekatan seri kaya ini bergantung pada kesukaan masing2
  • apabila sudah puas hati dengan kepekatan seri kaya bolehlah ditutupkan api dan biarkan sejuk
  • kemudian barulah disimpan ke dalam balang/bekas kedap udara
  • jika inginkan kaya pandan bolehlah di campurkan dengan sedikit emulco pandan dan kacaukan sebati

note: warna seri kaya bergantung pada warna gula hangus. jika selepas gula hangus tadi sejuk menjadi keras tidak mengapa jangan panik. apa yang perlu dilakukan ialah masukkan gula dan telur yang telah dipukul ke dalam gula hangus, kemudian masukkan santan dan tepung jagung. masak seperti step No. 5. gula hangus yang keras tadi akan menjadi cair setelah berada di atas api. kaya nie lebih elok disimpan di dalam fridge supaya tahan lebih lama.

source: sarah

2 comments:

a Z u said...

kak, nk bertanya, berapa lama boleh tahan dalam fridge ehh,tq

noreen said...

rasenya kalau kita simpan dlm fridge boleh tahan lame kot lebih kurang sebulan tapi not 100% sure. sbb kalau kita beli yg ready made dlm tin pun kalau kita dah bukak tapi tak simpan dlm fridge boleh cepat basi. kaya nie nak kene sentiasa simpan dlm fridge baru ok

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin