Pages

7 May 2008

Ayam tandoori resepi II

Bahan-bahan:
Bahan2 perap 1:
1 sudu teh garam
1 sudu teh bawang putih - dicincang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu teh jus lemon

Bahan2 perap 2:
1 sudu teh halia - dicincang/tumbuk
1 sudu teh cuka
4 sudu makan yogurt
1 sudu makan daun ketumbar - dihiris halus
1 sudu makan daun pudina - dihiris halus
1 sudu makan jintan
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/3 sudu teh serbuk buah pelaga
sedikit pewarna merah

4 keping kaki ayam

cara:

1. ayam dikelar2 dan diperap selama 3 jam dengan bahan perap 1
2. setelah 3 jam, lumur ayam dengan bahan2 perap 2 selama 6 jam atau semalaman
3. kemudian ayam tadi di panggang pada suhu 170C selama 60 min
4. setelah masak bolehlah dihidangkan dan diperah dengan jus lemon kalau suke
5. enak dimakan dengan roti naan

4 May 2008

Apam mekar



Bahan-bahan:
250gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
200ml susu segar
300gm tepung gandum
1 sudu kecil ovalett
sedikit pewarna merah dan hijau
muffin cup cases

cara:

1. panaskan kukusan
2. pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu
3. masukkan esen vanila dan pukul lagi
4. setelah itu masukkan pula tepung gandum, susu dan ovalett. pukul lagi sehingga gebu
5. bahagikan adunan kepada 3 mangkuk
6. masukkan pewarna hijau dan merah ke dalam mangkuk yang berasingan
7. masukkan adunan dalam piping bag untuk setiap warna yang berlainan
8. picitkan serba sedikit setiap warna ke dalam muffin cup cases
9. letakkan muffin cup cases ke dalam acuan apam dan kukus selama 15 min
10.setelah masak keluarkan dari kukus dan hidangkan

source: k.hanieliza

Ayam sosha istimewa

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - buang kulit dan segala lemaknya dan potong 12, lumurkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. goreng lembab 1/2 masak
1/2 jari kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntuk bunga cengkih
3 sudu makan lada kering kisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan hirisan daun pudina
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
sedikit madu atau gula pasir
2 biji buah tomato - dibelah 4
1 biji buah tomato - dihiris untuk hiasan
1/2 kg bawang kecil - dijadikan bawang goreng
1/2 cawan kismis - digoreng dan diketepikan
1/2 cawan gajus - digoreng dan diketepikan
sedikit kacang peas, hirisan daun pudina/daun ketumbar - untuk tabur
sedikit minyak dan garam

Bahan2 kisar:
1/2 jari halia
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah

cara:

1. panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi
2. masukkan lada kisar dan tumis lagi hingga cantik
3. setelah itu masukkan pula bahan2 kisar dan tumis hingga garing
4. barulah dimasukkan serbuk kunyit
5. kacau rata sehingga cantik warnanya. barulah dimasukkan tomato puree dan tomato sos, balik2kan
6. masukkan pula 3/4 bahagian daun pudina dan daun ketumbar - tinggalkan sedikit untuk tabur
7. tuang sedikit air. masukkan juga buah tomato yang dibelah 4, gula/madu dan sedikit garam. masaklah sehingga pekat. bila agak pekat tuang sedikit air
8. masukkan kismis goreng, gaul rata. masukkan pula bawang goreng
9. gaul sehingga rata. barulah dimasukkan ayam goreng. gaul supaya ayam dan rempah bergaul rata
10. biarkan mendidih sehingga ayamnya empuk dan lembut. masak lama sedikit, supaya rempahnya meresap. bila ayamnya sudah masak barulah dimasukkan gajus goreng
11. gaul sampai rata. semasa menghidang, tabur hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas
12. enak disajikan dengan nasi minyak ataupun nasi beriani. sebaik2nya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari

3 May 2008

Honey

Nature’s ‘liquid gold’ creates a buzz in the kitchen. Explore different types of honey and their uses.

Honey was the main sweetener before sugar cane was introduced. Well known for its medicinal powers, honey's use in cooking is irreplaceable.

This sweet, sticky, gold liquid is made from the nectar collected by the honeybee from flowers. The bee collects the liquid nectar with its tongue and stores it in the hive. Worker bees add enzymes to the nectar and transfer it to the honeycomb. During this process, water is added and the nectar becomes honey.

Varieties
There are many varieties of honey available, from single-flower sources, such as clover or bluegum, to herb-flower varieties, such as lavender and fennel.

All-purpose regular honey is generally mild-flavoured. It is blended to achieve consistency in flavour, colour and texture.

Leatherwood honey is deep golden and is available in both its natural form and creamed. Unblended leatherwood honey has a unique spicy flavour and smell, quite different from that of regular honey.

Yellowbox honey is widely regarded as Australia's premium honey. It's an all-purpose, mild-flavoured honey, great for sweet baking and savoury glazes, marinades or stir-fries.

Manuka honey is produced from flowers of the manuka bush, which is indigenous to New Zealand. Not only delicious to eat, manuka honey is renowned as a natural remedy for an array of ailments.

Creamed honey is pure honey with nothing added. Its thick, 'candied' texture is due to controlled crystallisation. Packaged creamed honey can be hard to use once it has set in the jar. To soften, microwave, uncovered, on MEDIUM (50%) for 20 to 40 seconds.

Honeycomb, one of the purest foods available, contains honey in an edible wax which has immunity-boosting properties.

Cooking

Use a mild honey for pastry cooking. Stronger varieties, such as leatherwood, are good in syrups for poaching fruit. Darker honey, such as clover, suits Christmas puddings, slices and fruit loaves.
To make a quick topping, warm honey and add a little ground nutmeg or cinnamon. Spread over toast, drizzle over pancakes, waffles or ice-cream, or swirl through thick, plain yoghurt.

To make a honey and soy dressing for Asian-style salads, combine 1/3 cup peanut oil, 2 tablespoons soy sauce, juice from 1 lime, 2 tablespoons honey and 1 crushed garlic clove in a screw-top jar. Secure the lid and shake well.

2 May 2008

Pulut serikaya


Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sedikit garam

Lapisan atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
2 camb tepung jagung
3 biji telur
1 camt garam

cara:

1. lapisan bawah: basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak
2. sapukan sedikit minyak di dalam loyang
3. masukkan pulut, santan, garam dan gaulkan sebati. kukuskan sehingga masak
4. setelah itu keluarkan loyang dari kukus dan tekan2kan pulut tadi supaya mampat dan cantik
5. lapisan atas: masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. tapiskan
6. masakkan sekejap sehingga naik wap. tuangkan perlahan2 ke atas pulut tadi dan kukuskan lebih kurang 20 min
7. sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan

note: untuk mendapatkan lapisan atas kelihatan cantik, balutkan penutup loyang dengan kain supaya air wap tidak menitik di atas adunan

source: k. hanieliza
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin