Pages

4 May 2008

Ayam sosha istimewa

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - buang kulit dan segala lemaknya dan potong 12, lumurkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. goreng lembab 1/2 masak
1/2 jari kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntuk bunga cengkih
3 sudu makan lada kering kisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan hirisan daun pudina
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
sedikit madu atau gula pasir
2 biji buah tomato - dibelah 4
1 biji buah tomato - dihiris untuk hiasan
1/2 kg bawang kecil - dijadikan bawang goreng
1/2 cawan kismis - digoreng dan diketepikan
1/2 cawan gajus - digoreng dan diketepikan
sedikit kacang peas, hirisan daun pudina/daun ketumbar - untuk tabur
sedikit minyak dan garam

Bahan2 kisar:
1/2 jari halia
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah

cara:

1. panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi
2. masukkan lada kisar dan tumis lagi hingga cantik
3. setelah itu masukkan pula bahan2 kisar dan tumis hingga garing
4. barulah dimasukkan serbuk kunyit
5. kacau rata sehingga cantik warnanya. barulah dimasukkan tomato puree dan tomato sos, balik2kan
6. masukkan pula 3/4 bahagian daun pudina dan daun ketumbar - tinggalkan sedikit untuk tabur
7. tuang sedikit air. masukkan juga buah tomato yang dibelah 4, gula/madu dan sedikit garam. masaklah sehingga pekat. bila agak pekat tuang sedikit air
8. masukkan kismis goreng, gaul rata. masukkan pula bawang goreng
9. gaul sehingga rata. barulah dimasukkan ayam goreng. gaul supaya ayam dan rempah bergaul rata
10. biarkan mendidih sehingga ayamnya empuk dan lembut. masak lama sedikit, supaya rempahnya meresap. bila ayamnya sudah masak barulah dimasukkan gajus goreng
11. gaul sampai rata. semasa menghidang, tabur hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas
12. enak disajikan dengan nasi minyak ataupun nasi beriani. sebaik2nya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin