Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili kering - hiris halus
1 tangkai daun kari - hiris halus
1/2 labu bawang besar - cincang halus
1 camt jintan manis biji
1/2 camt garam atau secukup rasa
minyak untuk menggoreng
cara:
1. rendam kacang dal selama lebih kurang 4 jam
2. setelah itu toskan sehingga kering
3. kemudian kisar kacang dal sehingga halus. tidak perlu letak air dan biarkan sekiranya kacang tidak hancur halus
4. keluarkan kacang dal yang telah dikisar tadi dan satukan dengan bahan2 lain kecuali minyak
5. gaulkan semua bahan sehingga sebati
6. kemudian ambil segenggam adunan tadi dan leperkan di atas tapak tangan (buat seperti di dalam gambar) yang telah dialas dengan plastik yang telah disapukan dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat. lakukan sehingga habis adunan
7. susun di atas dulang beralas dengan plastik yang disapu dengan sedikit minyak
8. gorengkan di atas api yang sederhana besar sehingga keperangan tetapi jangan terlalu lama nanti vadai akan menjadi terlalu keras
source: dari dapur k.rinnchan
0 comments:
Post a Comment