2 May 2008
Pulut serikaya
Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sedikit garam
Lapisan atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
2 camb tepung jagung
3 biji telur
1 camt garam
cara:
1. lapisan bawah: basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak
2. sapukan sedikit minyak di dalam loyang
3. masukkan pulut, santan, garam dan gaulkan sebati. kukuskan sehingga masak
4. setelah itu keluarkan loyang dari kukus dan tekan2kan pulut tadi supaya mampat dan cantik
5. lapisan atas: masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. tapiskan
6. masakkan sekejap sehingga naik wap. tuangkan perlahan2 ke atas pulut tadi dan kukuskan lebih kurang 20 min
7. sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan
note: untuk mendapatkan lapisan atas kelihatan cantik, balutkan penutup loyang dengan kain supaya air wap tidak menitik di atas adunan
source: k. hanieliza
0 comments:
Post a Comment