Pages

26 May 2008

Boiled chocolate cake

Bahan-bahan (8-10 potong):
2 cawan gula pasir
2 cawan air
4 camb serbuk koko kurang manis
1 camt soda bikarbonat
1 cawan (226gm) mentega
4 biji telur
3 cawan tepung naik sendiri

cara:

1. panaskan oven pada suhu 180C. griskan tin kek empat segi (9x13 inch) dan lapiskan dengan parchment paper. ketepikan
2. satukan kesemua bahan kecuali telur dan tepung ke dalam mangkuk tahan panas. masak sehingga mendidih selama 2-3 min sambil di kacau selalu. angkat dan ketepikan. biarkan sejuk
3. kemudian pukul sedikit telur dan tuangkan ke dalam adunan chocolate yang telah sejuk tadi dan kacau rata
4. setelah itu ayakkan tepung dan masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berbentil
5. tapiskan adunan tadi ke dalam tin kek dan bakar selama 55-60 min
6. setelah masak bolehlah di biarkan sejuk

Bahan2 chocolate frosting:
1 cawan gula pasir
5 camb mentega
1/3 cawan susu segar
1 cawan chocolate chips kurang manis

cara:

1. satukan kesemua bahan kecuali chocolate chips ke dalam mangkuk tahan panas
2. masak sehingga mendidih dan semua bahan sebati
3. angkat dan taburkan chocolate chips sambil di kacau sehingga chocolate chips cair
4. tuangkan/sapukan ke atas kek yang telah disejukkan tadi
5. biarkan frosting keras sedikit sebelum dipotong dan dihidangkan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin