Pages

3 August 2008

Nasi ayam istimewa resepi I

Bahan-bahan:
Bahan-bahan nasi dan sup:
500gm beras basmathi - dibasuh dan ditoskan
50gm kulit ayam
3 ketul kiub pati ayam
air secukupnya untuk masak nasi dan sup
3 sudu besar marjerin untuk menumis
garam dan bahan perasa secukupnya
1 batang karot - dipotong bulat
bawang goreng
daun sup - dihiris
1-2 helai daun pandan - disimpul
5 biji bawang merah - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
1 1/2 inci halia

cara:

1. panaskan periuk dengan marjerin, tumis semua bahan2 yang dikisar hingga kekuningan
2. masukkan air, kiub pati ayam, kulit ayam, garam dan bahan perasa. biarkan sehingga mendidih dan tutupkan api
3. beras yang telah ditos tadi masukkan ke dalam rice cooker, tuangkan kuah sup tadi secukupnya dan daun pandan
4. onkan rice cooker dan biarkan nasi masak
5. masukkan karot ke dalam kuah sup tadi dan biarkan sehingga karot empuk. taburkan bawang goreng dan daun sup. hidangkan

Bahan-bahan perap ayam:
1 ekor ayam - dipotong 4 atau ikut suka
5 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap cair
6-8 biji cili padi - dikisar/ditumbuk (boleh tambahkan kalau suka pedas)
4 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam

cara:

1. satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan masukkan ayam. gaulkan sehingga sebati
2. perapkan ayam selama 1 jam
3. kemudian kukuskan ayam tadi dan gorengkan sehingga masak kekuningan

Bahan-bahan sos:
3 biji bawang putih - dikisar
1/2 sudu kecil bahan perasa
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
8 tangkai cili kering - dikisar
5 biji cili merah - dikisar
5 sudu besar sos cili
5 sudu sos tomato
1 sudu besar gula

cara:

1. panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga garing
2. masukkan bahan2 yang lain dan biarkan mendidih seketika

3 comments:

Tie said...

Haa..nasi ayam memang sedap..akak dah lama tak buat..hmm ikan byk lagi dlm freezer..Kalau nak beli ayam mesti hubby bising..kena perabih ikan tu dulu.. he he..

noreen said...

dah nengok mmg banyak tul bestnya tapi tu lah part nak menyiang tu yg paling leceh kan

Miss Nina said...

Terima kasih atas resepi nasi ayam ini. Patut cuba! =)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin