Bahan-bahan:
5 biji telur
200-220gm gula pasir/kastor
150gm tepung kek
150gm tepung gandum
1 1/2 camt ovalette
180gm 7-up/sprite/cream soda
1 camt emulco cokelat
1 camt emulco strawberry
1 camt emulco pandan
cara:
1. griskan loyang bulat atau empat segi dengan butter atau minyak dan ketepikan
2. ayakkan kedua2 tepung dan ketepikan
3. pukul telur sambil dimasukkan gula sedikit demi sedikit sehingga gebu dan kembang
4. kemudian masukkan pula ovalette dan pukul lagi selama 3 min
5. masukkan separuh tepung ke dalam adunan dan separuh 7-up/sprite/cream soda sambil dikaupbalikkan dengan spatula
6. setelah itu masukkan lagi separuh tepung dan 7-up/sprite/cream soda dan gaulkan sebati
7. bahagikan adunan kepada 4 bahagian dengan setiap satu seberat 220gm
8. biarkan satu adunan tanpa warna dan masukkan ketiga2 pewarna ke dalam ketiga2 adunan sambil dikacau sebati
9. kemudian kukuskan setiap warna selama 7 min dan lakukan sehingga kesemua adunan habis. untuk adunan yang paling akhir kukuskan selama 10 min
10. biarkan sejuk barulah boleh dipotong dan dihidangkan
1 comments:
Noreen, nanti datang rumah Ummi ambil award yaa...muaahhh!
Post a Comment