Pages

28 August 2008

White buns

Bahan-bahan (10 biji):
200gm tepung roti
50gm tepung gandum/tepung kek
3gm (1 camt) instant yeast
13gm gula pasir
5gm (1 camt) garam
25gm thick malt syrup
18gm kuning telur
38gm butter or unsalted butter
160gm susu segar

1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas roti
sedikit tepung - untuk ditaburkan atas roti

cara:
  • masukkan semua bahan2 ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
  • keluarkan doh dan letakkan ke atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat yang besar
  • rehatkan doh selama 15 min
  • setelah itu bahagikan doh kepada 10 biji dengan 50gm setiap satu
  • bentukkan menjadi bola dan susunkan ke atas baking tray yang digriskan dengan butter
  • biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min - 1 jam
  • sapukan permukaan doh dengan telur (egg wash) dan taburkan dengan sedikit tepung
  • bakar pada suhu 200C (bergantung pada oven masing2) selama 10-12min atau sehingga keperangan
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk atas redai
  • white buns nie boleh dibuat sandwich atau roti burger

1 comments:

SweetBites said...

Hi noreen. i must compliment your fabulous blog. ur white buns recipe looks to delish. Must give this recipe a try.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin