25 August 2008
Pullman bread
resepi roti laei
Bahan-bahan (1lb loaf):
330gm tepung roti
50gm wheat flour
4gm (1 1/4 camt) instant yeast
23gm gula pasir
19gm unsalted butter
7gm garam
8gm tepung susu
38gm telur
232gm air
sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti
cara:
1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting dough. tunggu sehingga siap
2. keluarkan dari BM dan letakkan ke atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
3. bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min
4. kemudian bahagikan doh kepada dua (350gm setiap satu)
5. ambil satu doh dan canaikan (gambar 4-1 & 4-2) dan lipatkan dua (4-3, 4-4 & 4-5)
6. setelah itu gulungkan doh tadi (4-6 & 4-7) dan lipatkan dua (4-8)
7. susunkan ke dalam loaf pan yang telah di gris terlebih dahulu dan habiskan dengan doh yang satu lagi
8. bentuk ikut suka masing2
9. biarkan doh naik dua kali ganda selama 45min - 1jam dan bakar pada suhu 160C selama 10 min kemudian naikkan suhu pada 190C selama 20min atau sehingga masak dan keperangan
10. keluarkan dari oven dan loaf pan. sapukan olive oil ke atas permukaan roti supaya ianya sentiasa kekal lembut
11. biarkan sehingga sejuk barulah boleh dipotong
1 comments:
Salam Noreen...
Salam ziarah & salam kenal...
mengancam sungguh roti tu...
Post a Comment