Pages

10 August 2008

Chicken tikka masala

Bahan-bahan (4 orang):
Bahan2 perapan:
1 cawan plain yogurt
2 camb jus lemon
2 camt serbuk jintan putih
2 camt serbuk red pepper/hot chilli
2 camt serbuk lada hitam
1 camt serbuk kulit kayu manis
1 camt garam
1in halia - dihiris macam mancis
600gm chicken breast - dipotong dadu (atau boleh gunakan mane2 bahagian ayam)

Bahan2 untuk kuah:
1 camb unsalted butter
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili hijau - dihiris
2 camt serbuk ketumbar
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk paprika
1 camt garam masala
1 tin (220gm) sos tomato
1 cawan whipping cream
1/2 cawan coriander leaves - dihiris
garam dan gula secukupnya

cara:

1. camburkan bahan2 perapan, ayam dan gaulkan sebati. masukkan ke dalam food plastic bag dan simpan di dalam fridge selama 1 jam
2. panaskan grill pan dan letakkan ayam di atasnya. biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar ayam di dalam oven pada suhu 180C selama 30min atau sehingga masak
3. sementara itu panaskan kuali tumiskan bawang putih dan cili hijau sehingga wangi
4. masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, garam masala, gula dan garam secukupnya
5. kemudian masukkan pula sos tomato dan kacau sehingga sebati. biarkan lebih kurang 15 min dengan api yang sederhana panas
6. masukkan whipping cream dan gaul rata. masak sehingga kuah pekat (ini bergantung pada masing2 jika mau kuah pekat atau sedikit cair)
7. selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. biarkan selama 5 min
8. taburkan sedikit daun ketumbar dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih, roti naan atau pita bread

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin