Pages

31 May 2007

Asam pedas melaka resepi I



Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri - boleh gantikan dengan ikan kembong

Bahan kisar:
3 biji bawang merah
10 biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih

Bahan tumis:
1/2 bawang besar-hiris
1/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh halba
2 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato - potong 4
5 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka

cara:

  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumis
  • masukkan bahan2 kisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak
  • kemudian masukkan air asam jawa dan air
  • kacau rata dan biarkan sehingga mendidih
  • masukkan ikan dan bahan2 lain
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • biar sehingga ikan masak
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: jun

30 May 2007

29 May 2007

Asparagus goreng belacan


Bahan-bahan:
300gm asparagus
2 biji cili merah - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit belacan - ditumbuk
1 sudu besar sos tiram
sedikit minyak masak & air

cara:
- kangkung dibuang akar dan dipotong. basuh dan toskan
- panaskan minyak masak dlm kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga berbau
- masukkan sedikit air dan sos tiram
- apabila mendidih, masukkan kangkung dna masak hingga layu

Ayam paprik kelantan style



Resepi nie dpt dari member MR Yani dia mmg terror masak
Bahan-bahan(2 orang):
1/2 ekor ayam
[Bahan kisar]
1 inci kunyit
2 batang serai
10 biji cili padi
3-4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
sedikit belacan
[Bahan hias]
4 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
sedikit garam, gula dan perisa
1 keping asam keping

cara:
- bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
- goreng ayam sehingga separuh masak
- tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
- masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
- masak sehingga ayam masak sepenuhnya

Thai crispy fried fish

resepi asal dari jun

Bahan-bahan (1 family):
1 ekor ikan
1 sudu teh bawang putih cincang
1 cili merah cincang
1 in halia - potong halus panjang2
daun ketumbar
garam
minyak

Bahan-bahan sos:
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
1 cawan stok ayam
1 sudu teh tepung jagung + 2 sudu besar air

cara:

  • gaul ikan ngan garam, tabur tepung jagung sket dan goreng hingga masak n garing. letak dalam pinggan hidangan
  • tumis bawang putih dan masukkan bahan2 sos tadi. masukkan bancuhan tepung jagung
  • tuang atas ikan dan hias dengan cili, halia dan daun ketumbar

28 May 2007

Ayam panggang berempah ala barat / Roasted chicken



Bahan-bahan:-
1/2 kg ayam dibersihkan atau baby chicken
40ml minyak jagung
1 sudu teh rempah rosemari kering
1 sudu teh serbuk cajun
1/2 sudu teh serbuk bawang putih
Garam secukup rasa

Cara:-
1. Lumurkan kesemua bahan2 di atas pada bahagian dalam dan luar ayam. Perap selama 60 minit.
2. Panggang ayam yang diperap ke dalam oven pada suhu 150C selama 40-45 minit atau sehingga ayam masak.

Nasi goreng pattaya

Cotton soft japanese cheesecake



resepi dari Alma

Bahan-bahan (8inci):
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:

140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
1/4 sdk tartar krim (cream of tartar) atau 3/4 sdk jus lemon

cara:
- cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati
- dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak)
- campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek
- bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje)

Blueberry jam muffin



resepi dari Yani

Bahan-bahan (12 biji- small size):
70g butter-suhu bilik
60g gula
1 biji telur-suhu bilik
2-3 titik esen vanila
4 sudu besar susu segar
100g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
blueberry jem secukupnya

cara:
- pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
- masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
- ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula
- isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin
- Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit

note: kalau guna jem yg siap dibeli tu mungkin lebih manis.. so perlu kurangkan sedikit gula dalam adunan muffin

21 May 2007

Lemon chicken resepi I


Bahan-bahan:
500g isi ayam
tepung kastard - utk salut
Bahan perisa:
jus 1 biji lemon
garam, serbuk lada hitam
1 camt gula
1/2 camt minyak bijan
Bahan adunan tepung:
175g tepung naik sendiri
50g tepung jagung
1 camb tepung beras
250ml air
1 biji telur - dipukul sedikit
Sos lemon:
jus 1 biji lemon
2-3 hirisan kulit lemon - jgn gunakan bahagian putih
1/2 camt esen lemon
3 camb gula
sedikit garam

1 1/2 camt tepung kastar + 2 camb air

cara:
- ayak tepung naik sendiri, tepung jagung dan tepung beras ke dalam mangkuk
- masukkan telur dan air, campur menjadi adunan yg tidak bergentel
- ketepikan selama 20 min. tapis adunan sebelum digunakan
- potong ayam menjadi kepingan kemudian satukan dengan bahan perisa. biar selama 10-15 min
- gaul dengan tepung kastard, buang baki tepung
- celup ayam dengan adunan tepung rata2 kemudian goreng dalam minyak panas hingga keemasan
- satukan bahan sos dan jerang atas api perlahan hingga mendidih
- masukkan campuran tepung kastard dan renjiskan minyak bijan. tuangkan ke atas ayam dan sajikan

Sotong goreng kentang


resepi asal dari nona

Bahan-bahan:
5 ekor sotong (di potong bulat bulat)
3 biji kentang ( dipotong halus halus)
Sedikit serbuk kunyit
1 biji bawang besar (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
3 biji bawang putih (dimayang halus)
3 biji cili padi (dipotong kecil-kecil)
4 sudu besar osyter sos
1 1/2 sudu besar kicap cair
4 sudu besar air masak
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (yang telah dikisar)

cara:

  • Gaulkan sotong dan kentang bersama kunyit dan sedikit garam di dalam bekas yang berasingan
  • Panaskan kuali gorengkan kentang dulu sehingga kekuningan
  • Angkat kemudian masukkan sotong, goreng selama 2-3 minit masukkan bawang putih, cili padi dan halia
  • Kacau sehingga sebati masukkan osyter sos, kicap cair dan air. Kacau lagi.
  • Akhir sekali letak bawang besar secubit garam (jika perlu) dan lada hitam
  • Angkat dan siap untuk di santap

20 May 2007

Nasi ayam resepi I

resepi nasi ayam dari k.mona, manchester

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong ikut suka
air untuk merebus
1/2 biji bawang besar - blend
5 ulas bawang putih - blend
2" halia - blend
kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
1 kiub chicken stock

Bahan2 perapan ayam:
3 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan madu
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili - kalau nak pedas boleh tambah

Bahan2 untuk nasi:
4 cawan basmathi
4 cawan sup ayam
1 sudu teh serbuk halia
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak masak
serai dan daun pandan - optional

cara:
  • untuk sup ayam: tumiskan bahan2 blend dan masukkan bahan2 penumis sehingga naik bau
  • masukkan ayam, air dan kiub ayam kacau hingga mendidih dan ayam masak. tutupkan api
  • untuk nasi: panaskan periuk dengan butter dan minyak dan masukkan serbuk bawang putih dan halia. kacau hingga sebati
  • masukkan beras dan gaulkan sebati
  • masukkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan sup ayam dan masak nasi seperti biasa
  • untuk ayam: keluarkan ayam dari kuah sup dan perapkan dengan bahan2 perapan selama 1 jam dan goreng hingga garing
  • untuk sup: masakkan lebihan kuah sup dan tambahkan garam dan buah tomato. masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
Bahan2 sos:
cili merah secukup rasa
cili hijau secukup rasa
bawang putih secukup rasa
3 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar cili sos + tomato sos
kicap manis
kicap masin

cara:
  • blend semua bahan2 hingga hancur dan hidangkan bersama2 dengan nasi ayam, sup dan ayam goreng

Mihun goreng resepi II

Bahan-bahan (6 - 8 orang):
1 bungkus bee hoon cap lada merah (dicelur dengan air panas dan ditoskan)
1/2 kilo tauge, dibersihkan
6 - 8 batang daun kucai, dipotong sepanjang 1 inci
750 ml air
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
20 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm belacan
1/2 cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
1 cawan taucu (dicuci dengan air sebanyak 3 kali untuk hilangkan masinnya)

Bahan untuk hiasan:

5 biji telur, (direbus, kupas kulitnya dan potong 2)
limau kasturi, dibelah 2
sambal tumis, jika suka

cara:

  • panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau
  • rempah yang telah garing ambil 1/2 cawan diketepikan untuk kuahnya
  • rempah yang dalam kuali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka
  • masukkan mi, tauge dan daun kucai
  • gaul sebati hingga masak
  • ketepikan
  • cara untuk kuahnya - Rempah yang telah diketepikan tadi dimasukkan dalam periuk
  • masukkan 1/2 cawan gula, garam dan serbuk perasa jika suka
  • masukkan pula air asam dan air
  • masak sehingga mendidih
  • cara untuk menghidang - Letak mee dalam mangkuk
  • tuang kuahnya dan hiaskan dengan telur rebus, limau kasturi dan sambal tumis jika suka

source: D

19 May 2007

Agar-agar santan


Bahan-bahan:
1 paket agar2 (20g) - direndam sehingga kembang
5 cawan air - untuk masak agar2
1 cawan gula merah / melaka - ikut pada kemanisan masing2
1/2 cawan gula pasir - ikut pada kemanisan masing2
1 cawan air - untuk masak air gula
1/2 tin santan pekat
2 biji telur
sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul

cara:
  • masukkan gula pasir, gula merah dan 1 cawan air ke dalam periuk. masak sehingga gula hancur
  • dalam periuk lain masakkan agar2 dengan 5 cawan air sehingga cair
  • blend telur dan santan dan masukkan sedikit garam
  • bila agar2 dah menggelegak, masukkan gula merah cair tadi dan kacau sebati
  • masukkan bahan2 blend ke dalam agar2 yg telah dicampurkan dengan air gula. masukkan jugak daun pandan utk dapatkan bau
  • kacau sentiasa supaya santan tidak berketul2
  • bila adunan dah nak pekat, masukkan dalam loyang dan kacau ikut putaran jam ke atas selama 5 min. kacau jgn berhenti supaya akan dapat dua lapisan santan di bawah dan gula di atas seperti di dalam gambar

18 May 2007

Watermelon juice


Bahan-bahan:
Tembikai
Air gula
Ais

cara:

  • tembikai di potong kulit dan potong kecil2 dan diletakkan dlm blender
  • tuangkan sedikit air gula dan beberapa ketul ais
  • blend kesemua bahan dan tuangkan ke dalam gelas
  • sedia dihidangkan

Ayam masak merah



Bahan-bahan:
1 ekor ayam
* 1cm kulit kayu manis
* 3 kelopak bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
1 inci halia
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
15 tangkai cili kering - ikut kepedasan masing2
1 batang serai - diketuk
5-6 sudu besar tomato sos
1/2 biji bawang besar - dihiris
Kacang peas
Gula, garam dan serbuk perasa
Minyak dan air

Cara:
- gaulkan ayam dengan kunyit serbuk dan garam. Gorengkan ayam dengan api perlahan supaya ayam tidak keras dan jangan terlalu masak sgt. Ketepikan.
- blendkan halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering. Ketepikan.
- masukkan minyak dalam kuali and tumiskan bahan2 penumis (k.k.manis, bunga lawang, bunga cengkih) dan serai sehingga naik bau.
- masukkan bahan2 blend and goreng sehingga naik bau dan masukkan sos tomato, gula, garam dan serbuk perasa. Gaulkan sebati.
- boleh letak air sedikit kalau kuah terlalu pekat.
- bila agak2 kuah dah rasa ok baru masukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati dengan kuah.
- akhir sekali bolehlah ditaburkan hirisan bawang besar dan kacang peas utk hiasan.

Acar timun jelatah


Bahan-bahan:
Timun - potong kecil
Nenas - potong kecil
Carot - potong kecil
Cili hidup - dihiris
Bawang besar - dihiris
Gula
Cuka

cara:
- satukan kesemua bahan2 dan gaulkan dengan gula dan cuka

17 May 2007

Kerabu mangga


Resepi dari Jo

Bahan-bahan (1 family):
350g isi mangga muda
4 tbs udang kering - goreng tanpa minyak dan blend kering sampai hancur
2 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
2 tbs kacang tumbuk
1 biji limau nipis - ambil kulit hijau dan potong nipis2
sedikit cuka - kalau mangga tak masam
garam, gula & perasa secukupnya

cara:
- campurkan semua bahan, gaul rata2
- bila nak makan baru taruk kacang tumbuk

16 May 2007

Pulut panggang












Bahan-bahan (16 biji):
300 gm beras pulut
125 ml santan pekat
Garam secukup rasa
Daun pisang - dilayurkan
Lidi - tak ada pakai stapler je

Bahan inti (dikisar):
80gm udang kering
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai

1/2 biji kelapa parut putih
Garam secukup rasa

cara:
  • pulut direndam semalaman
  • kemudian tanak bersama santan dan garam hingga masak
  • bahan-bahan untuk membuat inti: gaulkan bahan2 kisar dan kelapa parut hingga sebati
  • tambah garam secukup rasa
  • goreng inti ini tanpa minyak hingga masak dan kering
  • ambil sedikit pulut dan ratakan di atas daun pisang
  • bubuh inti (1 sudu kecil) dan digulung kemas
  • sematkan bahagian hujungnya dgn lidi atau stapler
  • panggang hingga masak

15 May 2007

Chicken wing berempah / Spices chicken wing

Chicken wing nie sedap kalau makan masa panas2 sehingga menjilat jari

Bahan-bahan:
10-15 keping chicken wing
1 sudu besar serbuk ketumbar (coriander powder)
1 sudu besar serbuk jintan putih (cumin powder)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa
Air

cara:

- campurkan semua bahan2 serbuk dan letakkan sedikit air dalam 4-5 sudu besar utk jadikan paste
- masukkan chicken wing dan gaulkan dgn bahan2 paste dan perapkan dlm 30 minit
- goreng dan boleh disantap. Chicken wing nie sedap dimakan panas2 dan rasa crispy

14 May 2007

Donut resepi I


Bahan-bahan (8 biji):
200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder

cara:

  • masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk
  • kacau rata
  • buat lubang ditengah
  • masukkan susu dan dry yeast
  • kacaukan sedikit
  • masukkan pula butter dan kacau sehingga sekata
  • keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai
  • uli sehingga tak melekat ditangan
  • buatkan bentuk bulat
  • masuk semula ke dalam mangkuk
  • tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab
  • biar doh naik 2 kali ganda
  • buat finger test untuk uji doh naik ke tidak
  • kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik
  • canaikan dan tekapkan dengan acuan donut
  • rehatkan selama 5-6 minit
  • penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda
  • goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang
  • sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak

source: yani, myr

Bistik daging


Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang - potong kiub 2cm (daging biasa pun boleh)
400 gm ubi kentang - potong kiub 2cm (kalau sukalah)
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan marjerin
3 sudu makan minyak masak
1 suduh teh serbuk lada hitam
4cm kulit kayu manis
Garam, gula & perasa kalau suka secukupnya

Bahan kuah:
150-200 ml air
120 ml tomato sos
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan tomato puri
1 kuib stok daging - kalau suka

Bahan (A) dikisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawnag putih
1 biji bawang besar

cara:
  • keringkan daging dgn tuala bersih or kitchen towel pun boleh. Salut dgn tepung, serbuk lada hitam dan garam. Perapkan selama 30 minit
  • panaskan marjerin dan minyak. Goreng daging hingga keperangan. Angkat. Kemudian bubuh kulit kayu manis dan bahan (A). Kacau hingga sebati
  • masukkan kentang, gaul hingga separuh masak. Campurkan pula daging goreng dan bahan kuah, tutup sebentar supaya kentang empuk (tambah sedikit air jika terlalu kering)
  • bila kentang empuk, bubuh garam, gula dan serbuk perasa. Kacau selama 2-3 min lagi sebelum diangkat atau sehingga daging empuk. Boleh tambahkan air kalau daging belum empuk

12 May 2007

Ice cream mousse


Bahan-bahan:
90ml susu segar
3 sudu makan ice cream strawberry
Ais

cara:
  • campurkan susu dan ice cream ke dalam blender
  • kemudian campurkan ais dan blend sehingga lembut dan sebati
  • masukkan ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati

Telur itik masak lemak


Bahan-bahan (2 orang):
5 biji telur itik
450ml santan pekat
1-2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar:
5 ulas bawang merah
1cm kunyit hidup
1 batang serai
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Kalau ada belimbing buluh pun boleh letakkan juga

cara:

  • masukkan santan, asam keping, bahan2 kisar, garam dan gula dalam periuk
  • jerangkan di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak
  • bila santan hampir2 mengelegak pecahkan telur sebiji2 sambil dikacau perlahan2
  • jangan masak terlalu lama nanti telur jadi keras tak berapa sedap
  • sedia dihidangkan

source: puan norzailina nordin

10 May 2007

Rendang minangkabau



Resepi nie memang sedap sehingga menjilat jari especially kalau makan ngan nasi panas2.

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu - dipotong kiub
25 batang cili kering - ikut kepedasan masing2
15 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
2 ketul lengkuas
1 ketul kunyit hidup
2 batang serai
10 ulas bawang putih
15 biji bawang merah
250gm santan kelapa
4 sudu makan kerisik

cara:
  • kisarkan cili kering, cili padi, lengkuas, kunyit hidup, serai, bawang putih dan bawang merah hingga hancur
  • panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dikisar hingga naik bau
  • setelah garing, masukkan daging dan santan kelapa. Gaulkan hingga sebati dan masak hingga kering dan pekat
  • akhir sekali, masukkan kerisik dan garam. Kacau sekali lagi sebelum dihidangkan

8 May 2007

Sambal goreng minang



Bahan-bahan:
500 gm udang sederhana besar
150 gm bawang merah - dihiris halus
1 liter santan - dari 2 biji kelapa
Garam, gula & perasa secukup rasa
Minyak masak

Bahan (A) dikisar:
150 gm bawang merah
100 gm bawang putih
20 tangkai cili kering - direndam
10 biji cili merah
2sm halia
2sm lengkuas

Bahan direbus:
1 kg paru lembu ) dipotong
500 gm daging ) dadu
500 gm hati lembu) 2cm

cara:
  • panaskan minyak, goreng paru, daging dan hati hingga keperangan
  • kemudian goreng udang hingga masak. Angkat
  • panaskan 1 senduk besar minyak
  • tumis bahan(A) hingga berbau. Tuangkan santan dan kacau rata
  • bila kuah agak pekat, masukkan paru, daging dan hati
  • Kacau sekali sekala hingga agak kering. Bubuh garam, gula dan perasa secukupnya
  • kemudian masukkan bawang hiris dan udang. Kacau sebati

Fried mussel


resepi asal dari nona

Bahan-bahan (4-5 orang):
1 kg Mussels
1 biji bawang besar(blend dgn cili kering)
4 tangkai cili kering
1 sudu tomato pure
3 sudu Osyters sos
2 ulas bawang putih(dimayang halus)
1 biji telur
Garam dan gula

cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bawang putih goreng sehingga naik bau
  • Kemudian masukkan cili yg dikisar dgn bawang dan tomato pure, kacau sehingga naik minyak, selepas tu bolehlah letak oysters sos, garam dan gula dan akhir sekali letak musseles dan pecahkan sebiji telur
  • Masak sehingga 1-2 minit sahaja. Siap bolehlah bersantap bersama.

note: jgn masak terlalu lama kerana isi mussels akan mengecil dan keras

7 May 2007

Vanilla muffin resepi I


resepi dari Deenoos

Bahan-bahan (2 dozen muffin):
8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla

cara:
- gaulkan kesemua bahan hingga sebati
- isikan adunan tadi kedalam bekas muffin
- bakar selama 20minit/180C

6 May 2007

Sup ekor resepi I


resepi dari jo, ireland

Bahan-bahan:
1 kg ekor - goreng sekejap sehingga keperangan atau nak rebus terus pun ok
bawang goreng
5 ulas bawang putih - blend
halia - blend
2 biji tomato - dibelah 4
1 batang carot - dihiris
1 paket perencah sup ekor atau kiub stok daging
cili padi diketuk - ikut kepedasan masing2
2-3 biji limau nipis - ambil jus
air

cara:
  • tumiskan bahan2 blend hingga berbau
  • masukkan air, ekor dan perencah sup ekor dan rebus ekor sampai lembut. rebus sekurang2nya 2 jam
  • masukkan carot dan buah tomato
  • perasakan dengan garam, serbuk perasa, limau nipis dan cili padi
  • akhir sekali taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar yg telah dihiris

Kerabu sotong


Resepi dari Jo

Bahan-bahan (2-4 org):
satu mangkok Sotong
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)
note: bole juga taruk tauge & tomato, n seafood cocktail..

cara:
- bersihkan sotong.
- potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
- potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.
- campur semua bahan..dan rasa.. and ENJOY!!
note: after step 2: jangan lupa sejat sotong..buang air...

Nasi lemak resepi I

Bahan-bahan:
Beras - dicuci bersih dan toskan
santan
daun pandan - disimpulkan
sambal
telur rebus
ikan bilis goreng
timun - dihiris
sedikit garam

cara:
  • masukkan beras, santan dan sedikit garam di dalam rice cooker
  • letakkan daun pandan yg telah disimpul ke dlm rice cooker dan masak seperti biasa
  • hidangkan bersama2 sambal, timun, telur rebus dan ikan bilis goreng

Ayam Tandoori resepi I


resepi dari Jo, Ireland
Bahan-bahan:
bahan kisar 1:
1 biji bawang besar/3 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
2 biji limau nipis - ambil jus
1 camt garam
1 camt serbuk kunyit
2 camt serbuk cili
150g natural yogurt
1/2 camt pewarna merah
sedikit gula
bahan kisar 2:
3 biji cili kering
11/2 camt biji sawi
1 camt halba
3 camt biji ketumbar - goreng tanpa minyak utk kasi naik bau
11/2 camt jintan putih - goreng tanpa minyak utk kasi naik bau

cara:
- perap ayam dengan bahan kisar 1 selama 1/2 jam
- masukkan bahan kisar 2 gaulkan sehingga sebati
- masukkan dlm bekas tertutup dan simpan dlm fridge semalaman
- masa nak bakar sapu sedikit minyak sapi
- bakar dlm suhu 200 degree selama 60 min

4 May 2007

Banana chocolate muffin


resepi dari Yani

Bahan-bahan (12 biji):
*170g tepung gandum
*30g serbuk koko
*130g gula
*1 sudu kecil baking powder
*secubit garam
*100g coklat bar (coklat masakan) - patah2kan jadi kecil-kecil
2 biji telur
75ml minyak masak
100ml susu segar
sedikit vanila esen
2 biji pisang

cara:
- panaskan oven sehingga 170C.
- masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (*) ke dalam Food Processor. Kisar sehingga sekata. (If coklat tak hancur sangat pun takpe.. jadi ketul2 kecil dah ok)
- kemudian masukkan bahan yg bertanda (>) ke dalam Food Processor. Kisar sehingga sebati
- cedukkan ke dalam cup muffin. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak

Sagu kelapa












Bahan-bahan:
1 cawan sagu (basuh dan tos)
1 cawan gula
2 cawan air
Pewarna
Kelapa parut digaul dengan garam


cara:
  • masak gula dengan air hingga gula larut
  • titikkan pewarna
  • masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih
  • tuangkan dalam bekas dan sejukkan
  • bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut
  • siap untuk dihidang
source: syahmi
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin