15 August 2008
Parker house rolls
Bahan-bahan (8 biji):
200gm tepung roti
50gm wheat flour
3gm (1 camt) instant yeast
25gm gula pasir
4gm garam
5gm tepung susu
25gm telur - 1/2 biji
25gm unsalted butter
132gm air
sedikit salad oil/olive oil/mentega - untuk sapuan
sedikit olive oil - untuk sapuan
cara:
1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
2. keluarkan doh dan letakkan atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
3. kemudian bahagikan doh kepada 8 dengan setiap satu seberat 60gm dan bentukkan menjadi bola. rehatkan selama 15 min
4. selepas itu canaikan sebiji doh (gambar A & B) dan sapukan salad oil/olive oil atau mentega di atas doh tersebut (gambar C)
5. lipatkan doh menjadi dua (gambar D) dan susunkan ke atas baking tray yang telah di griskan terlebih dahulu. lakukan dengan doh yang seterusnya sehingga habis
6. setelah siap biarkan doh naik dua kali ganda dalam 1 jam dan bakar pada suhu 200C selama 8 min. kemudian turunkan suhu oven pada 180C selama 4 min atau sehingga masak (kepanasan suhu bergantung pada oven masing2)
7. keluarkan dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
8. bolehlah di makan bersama2 dengan daging burger, sosej, telur goreng dan sebagainya
1 comments:
Post a Comment