210gm tepung kek / tepung gandum
210gm gula kastor
250gm mentega
1 camt baking powder
1 camb ovalette
3 camb susu pekat (condensed milk)
6 biji telur
1 camt esen vanila
2 camb serbuk koko + 1/2 camt chocolate emulco (optional kalau nak kasi gelap)
cara:
- griskan tin kek yang bersaiz 8"x8" dan lapikkan dengan kertas minyak (parchment paper), taburkan dengan sedikit tepung dan ratakan keseluruhan tin supaya kek tidak melekat. ketepikan
- ayakkan tepung kek/tepung gandum bersama2 dengan baking power. ketepikan
- ayakkan serbuk koko. ketepikan
- asingkan putih telur dan kuning telur. ketepikan
- satukan mentega, esen vanila dan susu pekat ke dalam mixing bowl. pukul sehingga kembang dan pucat. ketepikan
- kemudian di dalam mixing bowl yang lain pukul putih telur sehingga berbuih sedikit dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul terus sehingga gula habis
- masukkan kuning telur satu persatu sehingga habis
- setelah itu masukkan ovalette dan pukul lagi adunan sehingga kembang
- kaupbalikkan adunan mentega ke dalam adunan putih telur sehingga sebati
- masukkan tepung dan kaupbalikkan sehingga adunan benar2 sebati dan rata
- bahagikan adunan kepada dua bahagian
- satu bahagian dibiarkan dengan warna asal dan satu lagi bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan jugak chocolate emulco. kacau sehingga sebati dan rata
- masukkan kedua2 adunan berselang-seli sehingga habis ke dalam loyang yang telah digriskan tadi
- hentakkan sedikit tin kek supaya mengeluarkan lebihan angin dan bakar pada suhu 180C selama 50-60 min atau sehingga masak
source: KC
0 comments:
Post a Comment