Pages

20 October 2008

Sardine roll

Bahan-bahan:
Bahan2 pastri:
250gm mentega sejuk
500gm tepung gandum
secubit garam
air sejuk secukupnya

Bahan2 filling:
1 tin sardin dalam sos tomato
1/2 - 1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
1 biji cili hidup - dihiris
jus limau nipis/lemon secukup rasa
garam secukup rasa

kuning telur - untuk sapuan atas doh

cara:
  1. satukan mentega dan tepung di dalam mixing bowl
  2. gaulkan kedua2 bahan sehingga menjadi seperti breadcrumbs
  3. masukkan garam dan air sejuk
  4. uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan
  5. balutkan doh dengan plastik dan masukkan ke dalam fridge. biarkan doh sejuk sementara membuat filling
  6. masukkan semua bahan2 filling ke dalam mangkuk dan hancurkan ikan
  7. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
  8. keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. gelekkan doh dengan rolling pin sehingga nipis
  10. trimkan bahagian tepi doh supaya menjadi bentuk triangle atau empat segi
  11. letakkan filling tadi dan gulungkan doh seperti swiss roll
  12. hiris2kan bahagian atas doh tetapi jangan sampai terputus dan sapukan dengan kuning telur
  13. susun di atas baking tray yang telah digris dan bakar pada suhu 175C selama 40 min atau sehingga masak dan keperangan
  14. keluarkan dari oven dan potong2kan doh tadi dan hidangkan panas2
  15. kalau suka selepas disapukan dengan kuning telur potongkan dan susunkan di atas baking tray. bakar

note: boleh jugak digantikan dengan tuna, inti karipap atau sebagainya dan sesuai sebagai sajian minum pagi dan petang

source: k.teh

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin