Pages

18 October 2009

Asam pedas ikan dan nenas style baba & nyonya

Bahan-bahan:
2 ekor ikan siakap sederhana besar atau 3-4 ekor kembong
10 keping kepah yang dibuang sebelah kulitnya sahaja
1 cawan cili kisar - kepedasan ikut selera masing2
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
1 biji nenas sederhana besar - buang empulur dan dipotong serong atau gunakan nenas dlm tin (boleh gantikan dengan bendi jika suka)
1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
garam, gula dan serbuk perasa (jika suka) secukupnya
minyak untuk menumis

bahan2 tumbuk/kisar:
3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1/2 cm halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 ibu jari belacan
1/2 inci kunyit hidup

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali (jika menggunakan ikan siakap) atau periuk
  • tumiskan bahan2 tumbuk/kisar sehingga wangi
  • masukkan cili kisar dan terus menumis sehingga terbit minyak
  • kemudian masukkan nenas dan kacau sebati dengan bahan2 rempah tadi
  • tuangkan sedikit air jika perlu
  • biarkan sehingga mendidih dan masukkan ikan, kepah dan bungan kantan
  • kacau rata
  • perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biarkan sehingga mendidih dan ikan masak
  • masukkan garam, gula dan perasa secukupnya
  • setelah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih bersama ulam2

source: mat gebu (telah diubah sedikit untuk pelbagaikan resepi)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin