95gm unsalted butter
110gm gula pasir
2 biji telur
75gm tepung kek
1/2 camt baking powder
1/4 camt soda bikarbonat
30gm serbuk koko
80gm susu sejat (evaporated milk) atau susu segar
2 1/2 camb horlicks
1/4 camt esen vanila
secubit garam
cara:
- panaskan kukusan di atas dapur dengan api sederhana panas
- griskan loyang berukuran 7" dan ketepikan
- ayakkan serbuk koko dan ketepikan
- kemudian ayakkan pula tepung, baking powder, soda bikarbonat dan ketepikan
- bancuhkan susu, horlicks, esen vanila sehingga sebati dan ketepikan
- pukul mentega, garam dan gula sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
- masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga rata
- selepas itu masukkan campuran tepung diselang-selikan dengan campuran bancuhan horlicks dan serbuk koko sebanyak tiga kali sambil dipukul sehingga rata tetapi jangan sampai overmix (tepung-bancuhan horlicks-serbuk koko)
- tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan aluminium oil supaya air kukusan tidak jatuh ke atas kek
- kukuskan selama 1 1/2 jam dengan api yang kuat sehingga masak
- setelah masak keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sehingga sejuk
- keluarkan dari loyang, potong dan hidangkan
note: lembut dan sedap
source: happy flour
2 comments:
salam kak noreen. nampak lembut kek tu. bila la saya nak beli serbuk coklat ni
salam indahhouse ala kalau tak ada serbuk koko boleh gunakan chocolate emulco
Post a Comment