Bahan-bahan:
Bahan2 gelatinized dough:
100gm tepung roti
70gm air panas (boiling water)
Bahan2 doh A:
400gm tepung roti
100gm susu tepung
25gm serbuk santan (coconut milk powder)
75gm gula pasir
7gm garam
2 1/2 camt instant yeast
Bahan2 doh B:
165gm air
1 biji telur
Bahan2 doh C:
75gm mentega
Bahan2 doh D:
beberapa titik pewarna hijau
80gm raisins
sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti
cara:
- cara membuat gelatinized dough: satukan air panas dengan tepung roti dan kacaukan sehingga sebati
- kemudian uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
- kemudian biarkan pada suhu bilik
- tutupkan dan simpan di dalam fridge sehingga 12 jam
- cara membuat doh: keluarkan gelatinized dough yang telah disimpan di dalam fridge sebelum digunakan sekurang2nya 10-15 min
- pukulkan bahan2 A dengan menggunakan dough hook sehingga sebati
- kemudian masukkan bahan2 B dan pukul lagi dengan kelajuan yang sederhana sehingga menjadi doh yang lembut
- masukkan pula gelatinized dough dan pukul lagi sehingga sebati
- akhir sekali masukkan bahan2 C dan pukul lagi sehingga menjadi doh yang lembut dan elastik (tidak melekat di tangan)
- keluarkan 400gm doh tadi dan campurkan dengan bahan2 D sehingga sebati
- kemudian masukkan gelatinized dough dan pukul lagi sehingga sebati (taburkan sedikit tepung jika doh melekit)
- selepas itu bentukkan kedua2 doh tadi menjadi bulat yang besar dan rehatkan supaya ianya naik dua kali ganda (pastikan di simpan di dalam dua mangkuk)
- selepas itu keluarkan dan tumbuk2kan doh2 tadi supaya mengeluarkan angin
- kemudian rehatkan selama 10 min
- canaikan kedua2 doh tadi menjadi bentuk rectangular
- letakkan doh berwarna hijau tadi di atas doh plain (lihat gambar)
- kemudian gulungkan seperti swiss roll dan potongkan kepada beberapa bahagian (ini bergantung pada saiz loyang yang digunakan) dan susunkan ke dalam loyang (lihat gambar)
- rehatkan selama 45 min ke 1 jam supaya ianya naik dua kali ganda
- bakar pada suhu 175C selama 20-25 min atau sehingga masak dan menjadi perang
- keluarkan loyang dari oven dan sapukan permukaan roti dengan sedikit olive oil supaya ianya sentiasa menjadi lembut
note: jika ingin menggunakan BM letakkan semua bahan kecuali bahan2 D dan tekankan untuk setting dough. apabila doh telah menjadi sebati dan naik sedikit barulah dikeluarkan dari BM. kemudian ketepikan 400gm doh tadi dan campurkan dengan bahan2 D dan ikuti cara seterusnya seperti di atas
source: alex goh
0 comments:
Post a Comment