190gm tepung roti
50gm gula pasir
1/2 camt garam
2 camt yis
1/2 camt bread improver
1 biji kuning telur
50gm susu segar
60gm water roux starter - lihat resepi disini
30gm mentega
12gm instant coffee - dibancuhkan dengan sedikit air ataupun digantikan dengan 1 camt coffee emulco atau boleh gunakan capuccino paste ikut selera masing2
sedikit olive oil
cara:
- masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
- tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
- keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- kemudian bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
- selepas itu potongkan doh tadi dengan setiap satu seberat 35gm dan bentukkan menjadi bulat yang kecil
- susunkan doh2 kecil tadi ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
- biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
- pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas
- proses ini penting untuk penaikan doh yang cepat
- selepas itu bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan
- keluarkan loyang dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil ke atas permukaan roti tadi supaya ianya sentiasa kekal lembut
source: ayin yin (cara telah diubah mengikut cara saya sendiri)
0 comments:
Post a Comment