10 biji telur
250gm tepung gandum atau 150gm tepung gandum + 100 biskut marie yg dikisar halus
100gm horlicks
500gm mentega
200gm gula kastor
5 sudu besar seri kaya
1/3 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar pandan emulco
6 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar nescafe - dibancuh dengan 5 sudu besar air panas
1/2 sudu besar strawberry emulco - boleh ditambahkan sedikit pewarna merah jika suka
cara:
- gris dan lapikkan loyang berukuran 8" x 8" dan taburkan dengan sedikit tepung
- ketepikan
- panaskan kukusan
- pukulkan mentega dengan gula sehingga gebu dengan kelajuan yang tinggi
- masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi dengan kelajuan sederhana
- selepas itu masukkan susu pekat dan pukul lagi
- masukkan pula seri kaya dan pukul lagi sehingga rata
- setelah itu masukkan horlicks dan pukul lagi
- masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata
- kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi
- setelah itu bahagikan adunan kepada 4 bahagian tetapi lebihkan sedikit untuk lapisan pandan
- setiap bahagian dicampurkan dengan pandan emulco, strawberry emulco, pes cokelat dan satu lagi biarkan kosong tanpa warna
- mula2 tuangkan lapisan pandan terlebih dahulu kemudian kukus selama 5-8 min atau sehingga adunan tidak cair
- pastikan penutup kukus di bungkus dengan aluminum foil supaya air kukusan tidak menitik di atas adunan
- selepas itu letakkan pula adunan pes cokelat dan kukus lagi (pandan-cokelat-strawberry-plain)
- pada lapisan yang terakhir iaitu lapisan pandan pastikan ianya di kukus selama 1 jam supaya kek betul2 masak
- setelah masak keluarkan loyang dari kukus dan biarkan sejuk barulah dikeluarkan kek dari loyang
- bolehlah dipotong dan dihidangkan
note: rasanya bakar lagi sedap dari kukus itu pendapat saya
source: dayang jack
0 comments:
Post a Comment