Pages

29 December 2009

Ikan bawal berlado

Bahan-bahan:
1kg ikan bawal hitam - siang dan cuci bersih, jika besar potong 2 jika kecil jangan dipotong
3 biji limau kasturi - optional
2 helai daun limau purut - dihiris
1 batang serai - dititik
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar/tumbuk:
20-30 biji cili merah -
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

cara:
  • ikan dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng sehingga masak tetapi jangan terlalu garing
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan serai sehingga wangi
  • masukkan bahan2 kisar dan tumis lagi sehingga garaing dan naik minyak
  • kemudian masukkan daun limau purut dan kacau rata
  • masukkan ikan goreng tadi dan perlahan2 balik2kan supaya ikan bergaul cantik dan rata dengan rempahnya
  • setelah rata barulah dialihkan ke dalam pinggan
  • semasa menghidang perahkan limau kasturi menurut selera masing2
  • enak di makan dengan nasi putih atau roti

source: puan asmah laili

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam...Nyum nyum nyum...Len kali boleh cuba ni..Ikan tu nak ganti ngan ikan lain agak² sesuai tak yaaa....

noreen said...

rasenya tak begitu sesuai tapi kalau nak gantikan ngan ikan bawal putih bolehlah.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin