Pages

17 April 2010

Kek kelapa kering

Bahan-bahan:
250gm mentega
230gm tepung kek
1 camt baking powder
200gm gula kastor
50gm kelapa kering (dessicated coconut)
50gm susu segar/cair
4 biji telur
1 camt esen vanila
sedikit pewarna merah & hijau

cara:
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  • bahagikan kelapa kering kepada dua bahagian dengan setiap satu digaulkan dengan pewarna merah & hijau
  • ketepikan
  • pukulkan mentega dan gula sehingga gebu dan kembang
  • kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  • masukkan esen vanila dan pukul lagi
  • setelah itu masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar/cair sebanyak 4 kali (tepung-susu-tepung-susu-tepung-susu-tepung-susu) sambil dipukul sehingga sebati
  • akhir sekali masukkan kedua2 kelapa kering tadi dan gaulkan sebati
  • tuangkan adunan ke dalam loyang tin yang telah digriskan dan ditaburkan dengan sedikit tepung terlebih dahulu
  • bakar pada suhu 175C selama 1 jam
  • setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan

source: minnie, myr

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin