Pages

4 April 2010

Cok bantal cicah sambal bilis

Bahan-bahan (4-5 orang):
3 cawan tepung gandum - diayak
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter/marjerin - pada suhu bilik
2 sudu teh yis
3 sudu teh garam
1 biji telur
1/4 cawan air atau secukupnya

sambal ikan bilis secukupnya - sebagai pencicah

cara:
  • campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali air
  • gaulkan rata sehingga menjadi seperti serbuk roti
  • kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh
  • uli sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan
  • bentukkan doh menjadi bulat dan biarkan ianya naik dua kali ganda selama 30 min
  • selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • canaikan doh tadi setebal 1 inci dan potong ikut suka masing2 (kuih ini rasa macam cakoi jadi bolehlah dibentukkan memanjang)
  • panaskan minyak yang banyak (deep-fry)
  • gorengkan sehingga masak dan keperangan
  • angkat dan toskan
  • hidangkan dengan sambal ikan bilis

source: MommaMia, myr

2 comments:

MamaFaMi said...

Huhuhu...empoknya bantal!!!

noreen said...

hahahah mmg empuk tul tapi sedapkan tak rugi buat asben yg tak makan kuih melayu nie pun suke

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin