bahan2 untuk nasi:
2 cawan beras basmathi
1 1/2 sudu besar minyak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 1/2 cm halia - dihiris
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 sudu kecil garam
3 cawan chicken stock
bahan2 untuk ayam:
1 ekor ayam dalam 1 1/2 kg - dipotong 4/8 atau ikut suka
1 sudu besar halia parut/tumbuk halus
1 sudu kecil bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil madu
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil five spices powder
bahan2 kuah cili:
5 biji cili merah
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 cm halia - ditumbuk halus
1 1/2 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar chicken stock atau air suam
bahan2 sampingan:
1 biji timun - dipotong
kuah sup secukupnya
cara:
- untuk memasak nasi: panaskan minyak di dalam periuk
- tumiskan bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga berbau wangi selama lebih kurang 2 min
- masukkan beras dan kacaukan rata selama 3-4 min
- kemudian masukkan garam, chicken stock dan kacaukan rata
- biarkan sehingga mendidih
- selepas itu perlahankan api dan tutupkan periuk
- biarkan nasi masak selama 15-20min
- boleh juga di pindahkan beras selepas kuah mendidih dan tanaklah seperti menanak nasi biasa
- selepas masak bolehlah digembur2kan sedikit supaya ianya cantik berderai
- untuk memasak ayam: ayam yang telah dicuci bersih toskan dan lapkan dengan kitchen towel
- satukan semua bahan dan sapukan keseluruhan ayam
- perapkan selama beberapa jam
- bakar pada suhu 190-200C selama 20 min
- kemudian turunkan suhu oven pada 170C dan masakkan lagi selama 30-40 min atau sehingga masak dan keperangan
- untuk memastikan ayam betul2 masak cucuk2kan dengan garpu untuk pastikan jusnya keluar
- untuk membuat kuah cili: kisarkan semua bahan sehingga halus
- hidangkan nasi dengan ayam, kuah sup, kuah cili dan timun
source: muna
2 comments:
nampak sempoi jee
salam ziarah...sedapnya..menawan kalbu la kak..
Post a Comment