3 cawan tepung gandum - diayak
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter/marjerin - pada suhu bilik
2 sudu teh yis
3 sudu teh garam
1 biji telur
1/4 cawan air atau secukupnya
sambal ikan bilis secukupnya - sebagai pencicah
cara:
- campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali air
- gaulkan rata sehingga menjadi seperti serbuk roti
- kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh
- uli sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan
- bentukkan doh menjadi bulat dan biarkan ianya naik dua kali ganda selama 30 min
- selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- canaikan doh tadi setebal 1 inci dan potong ikut suka masing2 (kuih ini rasa macam cakoi jadi bolehlah dibentukkan memanjang)
- panaskan minyak yang banyak (deep-fry)
- gorengkan sehingga masak dan keperangan
- angkat dan toskan
- hidangkan dengan sambal ikan bilis
source: MommaMia, myr
2 comments:
Huhuhu...empoknya bantal!!!
hahahah mmg empuk tul tapi sedapkan tak rugi buat asben yg tak makan kuih melayu nie pun suke
Post a Comment