Pages

10 August 2008

Ayam goreng asam pedas

Bahan-bahan:
12 ketul ayam
sedikit serbuk kunyit
sedikit sos tiram
1 batang bunga kantan - dihiris
sedikit daun kesom
2 helai daun limau purut
1/2 cawan minyak
1/2 biji nenas - dipotong dadu
1/2 cawan air asam jawa
1 batang serai - diketuk
gula dan garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
6 biji cili merah
2cm halia muda
2 sudu kecil belacan
3 ulas bawang putih

cara:

1. lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan sos tiram. goreng sehingga masak, ketepikan
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi
3. masukkan ayam, air asam jawa, serai, daun limau purut, bunga kantan, daun kesom dan nenas. gaul sebati
4. tambahkan garam dan gula secukup rasa
5. masak sehingga kuahnya sedikit kering

1 comments:

Suzi said...

salam...
nampak sedapnya ayam ni...kat adelaide seafood agak mahal...blh masak asam pedas ni...hehehe

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin