Lapisan pertama/bawah sekali, dibakar dengan api atas dan bawah, suhu 180C. untuk gril, bergantung pada jenis oven. Jika brand Europa, tak perlu set suhu. Jika oven lain, 250C untuk 3 minit saja atau hingga permukaannya nampak masak.
Gril bukan api atas. ia memang ada elemen pemanas khas yang akan nampak kemerah-merahan bila ia cukup panas. tin kek lapis di letakkan di floor oven kerana kepanasan pada tahap itu paling sesuai. pastikan gril hanya 3-5 minit. jika terlalu lama, letakkan tin atas rak paling bawah sekali.
lapisan akhir mestilah dibakar dengan api atas dan bawah semula pada suhu 180C. ini untuk memastikan kek masak sempurna. jika tidak, ia tidak tahan lama. bila lapisan akhir nampak keperangan, bolehlah diangkat. selalunya mengambil masa 10-12 min sahaja
1 comments:
visit homepage bags replica ysl find this bags replica ysl check this site out Ysl replica bags
Post a Comment