Pages

16 November 2008

Sweet dinner rolls


Bahan-bahan (16 biji):
470gm tepung roti/tepung gandum
7gm (2 1/4 camt) yis
120ml air suam
120ml susu segar suam
1 biji telur
75gm mentega - pada suhu bilik
65gm gula pasir
1 camt garam

55gm mentega - pada suhu bilik

cara:
  • masukkan kesemua bahan kecuali 1/4 cawan mentega ke dalam bread machine
  • tekankan butang untuk doh dan biarkan sehingga doh siap
  • selepas itu keluarkan dan letakkan doh ke atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bahagian kepada dua bahagian dengan setiap satu seberat lebih kurang 410gm
  • bentukkan setiap doh tadi menjadi bulat (gambar Step 1)
  • rehatkan doh selama 10 min
  • setelah itu ambil satu doh dan canaikan selebar 12 inci (gambar Step 2) dan potongkan kepada 8 bahagian (gambar Step 3)
  • sapukan doh tadi dengan mentega (1/4 cawan) dan ambil satu keping, gulungkan dengan ketat bermula pada bahagian lebar (gambar Step 4)
  • lakukan sehingga habis dan aturkan ke atas dulang yang telah digris supaya tidak melekat
  • tutupkan dulang tadi dengan tuala bersih atau cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min ke 1 jam
  • note: pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah diletakkan dulang doh tadi ke dalam oven dan letakkan 2 cawan air panas di sisi dulang. tidak perlu on kan oven
  • setelah itu bakar pada suhu 200C selama 12 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan mentega atau olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa lembut

note: roti nie sesuai dihidangkan bersama2 dengan mentega dan jam untuk hidangan pagi, petang dan malam

source: allrecipes

3 comments:

Ummu Aqil said...

merata2 projek roti...
roti nih pon dah lama berangan nak buat...
tak terbuat2 lg...

noreen said...

roti nie mmg noreen selalu buat cume lupe nak update blog buatlah lagipun roti nie mmg lembut sentiasa tak rugi mencuba

Sre said...

canteq lah roti kak noreen.. sha klau buat roti ni bentuk dia senget2.. hihihi.. tgn tak bape nak seni lagi.. nanti kena try lagi

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin