Pages

7 May 2009

Butter sugar buns

Bahan-bahan (16 biji):
500gm tepung roti
80gm gula kastor
8gm (2 1/2 camt) instant yeast
250gm susu segar - sejuk
50gm telur (lebih kurang 1 biji) - dipukul sedikit
65gm butter atau marjerine
1 camt garam

Bahan2 untuk topping:
200gm mentega
100gm gula pasir
1 biji telur

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap
  • keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • setelah itu bentukkan doh tadi menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  • bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 60gm dan bentukkan setiap doh menjadi bulat
  • susunkan ke atas baking tray dan biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah tin kek tadi disimpan di dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan tin tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • sementara itu bolehlah di campurkan semua bahan2 untuk topping dan gaulkan sebati
  • masukkan ke dalam piping bag
  • selepas itu bolehlah di guntingkan permukaan setiap doh tadi dan pipekan topping ke atasnya
  • lakukan sehingga habis dan bakar pada suhu 190C selama 10-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di atas redai

source: aunty yochana (diubah sedikit)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin