Pages

12 May 2009

Kuih seri muka

Bahan-bahan (loyang 22cm):
Bahan2 lapisan bawah:
420gm beras pulut - dicuci dan direndam semalaman
air secukupnya - untuk merendam pulut
375-400ml santan - dari 1/2 biji kelapa
1/2 camt garam
1 camb tepung jagung - dicampur dengan 3 camb air dan kacau rata

Bahan2 lapisan atas:
2 biji kuning telur
100-120gm gula pasir
200ml jus pandan - dari 15 helai daun pandan yang dikisar dengan 200ml air & ditapis
90gm tepung gandum
1 camb tepung jagung
2 camb tepung beras
300ml santan - dari 1 biji kelapa
1/4 camt garam
sedikit pewarna hijau - jika suka

cara:
  • tuskan pulut kemudian ratakan ke dalam loyang 22cm yang telah di lengser dengan sedikit minyak
  • campurkan santan dan garam, kacaukan sebati
  • tuangkan ke atas pulut dan kukus sehingga masak
  • sentiasa pastikan santan dan beras pulut sebati
  • selepas itu tuangkan campuran tepung jagung ke atas pulut dan gaulkan rata
  • kemudian ratakan pulut dengan daun pisang supaya padat
  • untuk membuat lapisan atas: pukul kuning telur dan gula dengan whisker sampai gula hancur dan sebati
  • masukkan air pandan, tepung gandum, tepung jagung, santan, garam dan pewarna hijau
  • gaulkan sebati
  • boleh juga dikisar semua bahan sehingga sebati
  • kemudian tapiskan ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 20-25 min atau sehingga masak
  • pastikan bahagian bawah penutup kulus dibalut dengan kain atau dengan cling film dan sentiasa dilap setiap 6-7 min supaya air kukusan tidak akan jatuh ke atas adunan bahagian atas
  • bila sudah masak keluarkan dari kukus
  • biarkan betul2 barulah dipotong dan dihidangkan

note: rasanya inilah resepi serimuka yang telah saya cuba lapisan atasnya tidak lembik dan senang dan cepat keras. untuk pengetahuan semua saya telah mencuba pelbagai resepi serimuka dan rasanya yang ini tidak mengecewakan. satu petua yang saya dapati dari k.lina jika sekiranya lapisan atas tidak keras dan banyak air bolehlah diambil kitchen towel dan di letakkan di atasnya supaya menyerap air yang berlebihan

source: puan norzailina nordin

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin