Pages

16 May 2009

Mini pizza


Bahan-bahan (10 biji):
300gm tepung roti
200ml air
14gm gula pasir
3.5gm garam
16gm shortening
3gm (1 camt) instant yeast
6gm susu tepung

1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan ke atas doh

Topping:
sos pizza
sosej
chicken breast - dipotong dadu dan digoreng sekejap

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap
  • selepas itu keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm
  • buatkan bentuk bulat dan rehatkan sekejap selama 10 min
  • kemudian ambil sebiji doh dan canaikan menjadi bulat sebesar lebih kurang 10cm
  • lipatkan ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti di dalam gambar
  • susunkan ke atas baking tray dan lakukan sehingga habis
  • biarkan doh naik dua kali selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan/atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • sapukan kesemua roti dengan telur
  • kemudian sapukan sos pizza dan hiaskan dengan topping yang disukai
  • bakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan

source: yani, myr (cara diubah sedikit)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin