Pages

9 May 2009

Kuay teow goreng basah

Bahan-bahan:
500gm kuay teow
200gm daging - dihiris nipis
10 ekor udang besar atau 200gm udang size kecil
2 ikat sawi - dipotong selebar 2 inci
taugeh secukupnya
4 biji telur
3 sudu makan sos tomato
5 sudu makan kicap
garam, gula dan serbuk perasa (jika suka) secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
15 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • pecahkan telur dan goreng secara scrambled tetapi jangan terlalu lama
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak lagi dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
  • masukkan daging dan sedikit air
  • masak sehingga daging empuk
  • kemudian masukkan sos tomato, kicap, garam, serbuk perasa dan gula
  • gaulkan sebati dan tumiskan sehingga rempah bertukar warna kegelapan sikit dengan menggunakan api sederhana besar
  • bila rempah dah ditumis dengan sempurna barulah dimasukkan udang
  • gaulkan sebati dan biarkan sekejap
  • masukkan pula sawi dan gaul rata
  • bubuh pula kuay teow dan telur goreng tadi dan gaulkan rata
  • kecilkan api dan akhir sekali barulah dimasukkan taugeh
  • kacaukan sehingga semua bahan sebati
  • setelah itu bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama2 dengan cili jeruk dan taburkan dengan sedikit bawang goreng

source: FRD

1 comments:

KhaiRin said...

bleh ganti dgn sos cili x?

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin