Pages

26 May 2009

Soto resepi II

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 4 atau ikut suka
nasi impit/mee kuning/mihun secukupnya
500gm taugeh - dibuang ekor dan dicelur sekejap
3-4 liter air
100ml santan pekat
1 sudu teh serbuk lada putih/sulah
3 batang serai - dititik
2.5cm lengkuas - dititik
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
8 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa
gula atau serbuk perasa - optional
1 labu bawang besar - dihiris bulat
minyak untuk menumis

Bahan2 sampingan:
pegedil secukupnya
isi ayam
bawang goreng
isi ayam - disiat2
sambal kicap cili padi

Bahan2 kisar A (disangai dahulu & dikisar):
3 sudu makan ketumbar biji
3 sudu makan jintan kasar
2 sudu makan jintan halus

Bahan2 kisar B:
3 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
5cm halia
3cm kunyit hidup atau 2 sudu makan serbuk kunyit

Bahan2 sambal kicap cili padi:
25 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
125ml atau 1/2 cawan kicap lemak manis
1/2 sudu teh gula - optional
jus limau kasturi atau limau nipis

cara:
  • panaskan minya di dalam periuk
  • tumiskan bawang besar sehingga kekuningan
  • masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, serai dan lengkuas
  • kemudian masukkan bahan kisar B
  • kacau sehingga garing dan naik baunya
  • setelah itu masukkan pula bahan kisar A dan lada putih/sulah
  • kacau rata
  • akhir sekali masukkan ayam, air, santan, gula dan garam secukup rasa
  • kacau sekali sekala dan biarkan sehingga mendidih
  • setelah ayam empuk bolehlah dikeluarkan dan ketepikan
  • cara untuk membuat kicap cili: kisar semua bahan sehingga halus
  • cara menghidang: masukkan nasi impit/mee kuning/mihun ke dalam mangkuk
  • masukkan ayam yang telah disiat2, taugeh, pegedil, kuah dan cili kicap
  • taburkan bawang goreng dan hidangkan
source: bro rozzan

4 comments:

mummy ishqi said...

my favorite! makan tiap2 minggu pun takpe.. ur pic looks so inviting.. ni yg nak carik ayam ni. hehe

blogresipi said...

Saya pun...saya pun.. makan tiap2 minggu pun tkpe.. bestnye :)

noreen said...

rasenya buat soto yg paling senang cume renyah sikit buat pegedil ... cubalah mummy ishqi

noreen said...

ye ke blogresepi

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin