Pages

9 May 2009

Polo bun



Bahan-bahan (4 biji):
Bahan2 doh:
150gm tepung roti
1 camb susu tepung
1/4 camt garam
30gm gula pasir
1 camb telur yang telah dipukul
1 camt instant yeast
70gm air
15gm mentega

Bahan2 untuk polo pastry:
50gm tepung gandum
25gm icing sugar atau sugar powder atau gula kaster
secubit garam
1 camb telur yang telah dipukul
30gm mentega
1/2 camt susu tepung

egg wash:
1 biji telur
1 camb air

cara:
  • masukkan semua bahan doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap
  • sementara menunggu doh siap bolehlah di sediakan polo pastry
  • pukul mentega dan gula sehingga sebati (cukup sekadar menggunakan whisker)
  • kemudian masukkan gula, garam dan susu tepung
  • kacau lagi sehingga sebati
  • masukkan pula telur dan kacau rata
  • akhir sekalu kaupbalikkan tepung ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati (jangan terlalu overmix)
  • bolehlah disimpan di dalam fridge untuk mengeraskan sedikit polo pastry lebih kurang 30 - 45 min
  • setelah doh siap bolehlah dikeluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • setelah itu bentukkan doh menjadi bentuk bulat dan rehatkan selama 10 min
  • kemudian bahagikan doh kepada 4 bahagian dengan setiap satu seberat 70gm
  • bentukkan setiap doh menjadi bulat
  • keluarkan polo pastry dari fridge dan bahagikan kepada 4 bahagian dengan setiap satu seberat 30gm
  • bentukkan setiap satu menjadi bulat (cara membuat sama seperti membuat karipap pusing - lihat dalam gambar)
  • ambil satu polo pastry dan tepekkan di atas tangan
  • setelah itu ambil satu doh dan letakkan di atas polo pastry (jika polo pastry terlalu lembik bolehlah digolekkan ke atas sedikit tepung)
  • tutupkan dengan polo pastry dan bentukkan menjadi bulat - lihat seperti di dalam gambar
  • lakukan sehingga habis dan susunkan ke atas baking tray
  • untuk egg wash bolehlah dicampurkan kedua2 bahan dan kacaukan rata
  • sapukan egg wash ke atas setiap doh tadi dan lorekkan ikut style masing2 atau tekankan dengan pastry cutter - boleh lihat cara di sini
  • setelah itu biarkan ianya naik sekali lagi selama 45min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan baking tray tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan/atas baking tray tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • selepas itu bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di atas redai

note: rasa polo bun nie sama dengan roti boy

source: kitchen corner

2 comments:

Ayu said...

HAPPY Mother's Day.. Noreen.

noreen said...

thanks ayu

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin